4-5 Julai 2026 Perhimpunan Tuntut SPRM Siasat Skandal RM1.5 Bilion Babitkan Shafie Apdal

Sebelum ini penyokong pembangkang ingat hanya mereka yang berani  menganjurkan perhimpunan kononnya menuntut sesuatu dari pemerintah.

Silap besar, nah sekarang giliran penyokong pemerintah pula membuktikan keberanian mereka dan menuntut sesuatu dari pembangkang. Jangan ingat hanya pembangkang yang ada hak ya.

Justeru masyarakat tanpa mengira fahaman politik harus menghormati tuntutan ini, biar agensi yang bertanggungjawab menentukannya.

Perhimpunan Bangkit Sabahan 2.0 akan berlangsung pada 04 hingga 05 Julai 2026 bertempat di Dataran Deasoka, Kota Kinabalu. Bagi mengesa SPRM supaya membuka siasatan terhadap Shafie Apdal yang terpalit dengan penyelewengan dana Kementerian KKLW sebanyak RM1.5 bilion.

Ia perlu disiasat dan diadili ini kerana dana sebanyak itu sepatutnya telah berjaya menyelesaikan keperluan prasarana rakyat Sabah. Bukan malah kepimpinan parti Warisan yang diketuai Shafie Apdal pula yang mempolitikkan prasarana atau keperluan asas sedangkan mereka yang gagal dan tidak amanah.

Mungkin ada yang bertanya, bukan kah skandal ini sudah selesai.

Ya benar, kes ditutup semasa kerajaan Warisan, dimana Shafie Apdal adalah Ketua Menteri Sabah dan Menteri di Jabatan Perdana (Undang Undang) adalah ahli Parlimen Batu Sapi dari parti Warisan, Liew Vui Keong (VK Liew)

Vk Liew lah yang mengumumkn di Dewan Negara kalau Shafie Apdal bebas dari tuduhan rasuah (NFA). Oleh kerana itulah rakyat Sabah pro kerajaan tidak berpuas hati dan melihatnya sebagai keputusan yang tidak adil, berbau kronisme dan janggal.

Mungkin kalau VK Liew bukan sekutu atau lebih tepat bukam pemimpin Warisan. Masyarakat boleh menerima keputusan “pembebasan” Shafie . Tapi jelas dia adalah pemimpin Warisan dan kroni bekas Menteri KKLW, Shafie Apdal.

Perlu di ingat selagi Shafie tidak disiasat dan dibicarakan di Mahkamah berhubung RM1.5 bilion. Maka selama itu jugalah integriti kepimpinan Warisan dipersoalkan oleh majoriti rakyat Sabah. Dimana setiap kali mereka berlagak amanah maka skandal RM1.5 akan dibangkitkan oleh masyarakat Sabah tanpa mengira jenis bangsa dan agama. Titik!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading