
Pergerakan Pemuda Gagasan Rakyat mengambil serius satu hantaran di Facebook yang mengandungi tuduhan liar, fitnah dan penghinaan terhadap YAB Ketua Menteri Sabah.
Sehubungan itu, Datuk Azrul bin Ibrahim, Pemangku Ketua Pemuda Gagasan Rakyat bersama pimpinan Pemuda telah membuat laporan polis bagi membolehkan siasatan dijalankan.
Kami menegaskan bahawa sebarang penyebaran fitnah dan kenyataan tidak berasas tidak boleh dibiarkan berleluasa kerana boleh mengelirukan rakyat serta menggugat keharmonian masyarakat.
Dalam masa yang sama, kami memohon kerajaan Persekutuan khususnya Wisma Putra agar memberikan penjelasan segera dan tuntas berhubung isu ini supaya tidak memberi ruang kepada pihak tidak bertanggungjawab untuk terus memanipulasi keadaan.
Justeru, kami memohon pihak berkuasa menyiasat perkara ini dibawah undang-undang sedia ada termasuk Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.
Pemfitnah yang dimaksudkan ialah dua ekor macai Warisan, si bodoh sapi, Govind dan si bodoh bukit, Mike Lius.
Aku kenal mereka terutama si Govind, macai Warisan. Orang ni sebelum menyertai Warisan dia menghubungi aku seolah olah meminta izin.
Kalau aku tidak silap, aku serah panggilannya sama Shafie, walaupun ketika itu kami sedang makan.
Apa berlaku selepas itu aku tidak pernah ambil kisah, sebab aku bukan manusia yang takut dan bacul pada persaingan kecuali pada satu hal, maka aku tidak akan lepaskan sampai ada yang benar benar kecundang. Hahaha!























Leave a Reply