
Tidak masuk akal perangai si Zahid Hamidi. Mangkin dipersoalkan sikap moronnya mangkin pula mengada-ngada Lepas itu apalah; orang Sabah takut? percaya? segan? Kau punya sejarah skandal di Mahkamah akan hilang begitu saja?
Orang mengkritik Zahid bukan kerana UMNO berpengaruh lalu berusaha menjatuhkan UMNO melalui Zahid Hamidi. Tapi muak menonton perangai orang luar yang walaupun sedar telah melanggar undang undang negeri dan hak hak Sabah. Tapi masih berlagak tuan di tempat orang.
UMNO berstatus pembangkang di Sabah dan GRS yang memerintah Sabah. Tapi berdasarkan kenyataan Zahid Hamidi seolah olah UMNO yang berkuasa dan terpaling berhak menentukan kerjasama, kerjasama terpaksa.
Ya betullah ini politik tapi perbuatan menafikan hak GRS yang masih menjalankan pentadbiran kerajaan Sabah. Adalah perbuataan yang kurang didikan sivik atau kurang ajar.
Kamu tau kenapa UMNO berlagak KETUA ? sebab Zahid nampak kerusi yang dimenangi UMNO pasti kurang berbanding GRS. Tapi oleh kerana UMNO memaksa dirinya sebagai Ketua dalam kerjasama ini. Maka yang berkuasa menentukan siapa calon Ketua Menteri ialah UMNO. Nampak? begitu licik dan sanggup jadi bangsat atas keringat orang lain.
Perangai macam Zahid, orang Sabah panggil kurang ajar. Walaupun ini soal politik tapi kalau sudah tua bangka tak kan masih berperangai kurang ajar.
Penceroboh pun tidak teruk macam Zahid. Sekurang kurangnya penceroboh ada kaitan bangsa dengan orang Sabah. Sedangkan Zahid tiada hubungan langsung dengan mana mana bangsa yang ada di Sabah. Setakat jawatan Presiden UMNO apa ada? UMNO ditubuhkan untuk membela bangsa Melayu, orang Sabah bukan bangsa Melayu. Pening aku!
Aku tulis ni sebab semalam terbaca kenyataan Zahid kalau UMNO masih terbuka mengadakan perbincangan dengan GRS, termasuk 14 kerusi yang dulu di menangi UMNO. Sebelum ini Zahid menyatakan sedia bekerjasama jika menguntungkan UMNO. Oiii Jawa Tungkang. GRS yang memerintah negara Sabah bukan UMNO yang terkenal maling satu Malaysia.
Kerusi DUN milik wakil rakyat yang diberikan mandat oleh pengundi.
Kalau benar prinsip UMNO. DUN yang dimenangi akan kekal milik UMNO sampai bila bila. Habis itu kenapa setiap kali pilihan raya UMNO kehilangan banyak kerusi. Terakhir pada Pilihan Raya Umum 2022 UMNO hanya memenangi 26 kerusi berbanding keputusan pilihan raya umum 2018 54 kerusi.
Pada Pilihan Raya Umum 2022 UMNO tidak menang walau satu kerusi di Kelantan, Terengganu, Kedah, Perlis, Selangor, Pulau Pinang, dan Melaka.
Zahid daripada kau sibuk mencampuri politik Sabah, bagus jaga Bagan Datuk, kau punya majoriti pun baru 300 lebih. Itupun kalau menurut calon PKR Syamsul Iskandar, andai Anwar Ibrahim benarkan kira ulang undi, kau kalah. Lepas itu biarkan Sabah sama Datuk Hajiji Noor jangan kemaruk sangat, orang Sabah bukan Melayu.






















Leave a Reply