Nurul Minta 13 Kerusi, PRN Sabah Tidak Logik

Timbalan Presiden PKR, Nurul Izzah minta bertanding 13 kerusi pada pilihan raya negeri Sabah akan datang. Dia minta pada bapanya selaku Presiden PKR yang juga Perdana Menteri dan akan minta pula pada GRS dan UMNO.

Aku tidak kisah PKR bertanding atau tidak yang aku ingin tahu, nanti  bertanding di DUN mana dan boleh menang kah?

Di Sabah ini keras kalau bertanding diperingkat DUN. Banyak hal yang dipertimbangkan oleh pengundi. Sebab itulah tiga calon UMNO/BN kalah kepada calon Bebas pada pilihan raya negeri Sabah 2020. Walaupun jentera UMNO dari Semenanjung termasuk Fuad Zarkish berkampung di Sabah.

Bertanding untuk DUN capaiannya kecil bererti pengundinya kurang. Tetapi menuntut usaha keras dan berterusan sehingga masyarakat benar benar mengenali dan menyakini mereka.

Bukan sikit modal yang dibelanjakan itupun kalau dicalonkan dan menang. Kalau tidak alamat menangis tidak berlagu.

Pertanyaannya sudah berapa lama calon calon PKR menabur bakti dikawasan  target? Ini penting kerana bertanding di peringkat DUN berbeza dengan Parlimen. Kalau tidak pernah atau kurang membuat kerja kerja berkerbajikan dalam tempoh dua tahun kebelakangan ini. Bagus jangan lagi bertanding bagi saja pada GRS untuk mempertahankan kerajaan.

Jangan pula bagi pada UMNO. Nanti bukan hanya kalah malah hilang wang deposit.

Tunggulah pilihan raya umum atau Parlimen. Supaya mudah bagi calon PKR mendapat kemenangan, memandangkan DUN DUN dikawasan Parlimen telah dimenangi GRS.

Berbanding Parlimen. Walaupun calon tidak dikenali dan belum berbakti pada masyarakat tapi tidak mustahil boleh mendapat kemenangan asalkan  ada kerjasama dengan GRS. Ini kerana kawasan Parlimen luas bererti pengundi ramai dan mereka duduk di merata tempat atau berjauhan. Pada kebiasaannya masyarakat memihak kerajaan negeri  GRS yang terbukti berjaya mengurus Sabah dan kebajikan rakyatnya. Bererti peluang untuk mempengeruhi mereka sangat berpotensi.

Pilihan raya umum 2018  dipanggil tsunami politik. Walaupun yang mencetuskan tsunami politik sebenarnya PKR tapi hanya dua calon PKR yang menang di Sabah. Ini bukti PKR memerlukan lebih masa untuk bertapak di Sabah apa lagi terus bertanding di peringkat DUN. Memang susah!

Kekuatan PKR datang dari penolakan rakyat terhadap UMNO yang dikaitkan dengan aktiviti rasuah. Begitu pula sebaliknya banyak peluru dilancarkan UMNO terhadap PKR sebelum ini, termasuklah isu peribadi dan sebagainya. Ironinya hari ini UMNO dan PKR berkawan baik, bererti dua dua habis modal? He!

Masalah besar kalau hasrat PKR ingin bertanding lebih dari 13 kerusi menjadi kenyataan

Dua atau tiga kerusi kira maksima sudah supaya  beban GRS untuk memastikan kemenangan calon PKR agak mudah. Bukan senang berkempen selepas Nurul memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR. Banyak isu yang perlu di rasionalkan

Apa pula nanti modal kempen PKR yang difikirkan paling ampu memadam sentimen kenegerian. Pembangunan? Sarawak maju tanpa parti parti dari Semenanjung.

Yang memajukan  Semenanjung adalah kerajaan UMNO tapi hari ini majoriti Melayu menolak UMNO. Sebab percaya majoriti pemimpin-pemimpin UMNO  tidak amanah dan rasuah. Apa yang dikecapi hari ini sepatutnya lebih baik jika UMNO lebih bertanggungjawab. Lebih kurang begitu suara suara Melayu yang menolak UMNO hari ini.

Maka sepatutnya sikap orang Sabah jauh lebih berani dari Melayu dalam menentukan hala politik. Melayu tidak lagi menyokong UMNO walaupun berjasa pada mereka. Berbanding rakyat Sabah yang tidak ada kemajuan signifikan walaupun sekian lama menjadi hamba UMNO dari pusat.

Ini kita katakan seandainya.

Seandainya UMNO dan PKR menghentam GRS kerana tidak ada kesepakatan. Ia bagus untuk GRS. Confirm menambah kemenangan besar.

Susah PKR mendapat kemenangan lebih dari dua kerusi jika tiada backup dari GRS. Dikawasan majoriti pengundi Cina mungkin  berpeluang walaupun tidak dibantu tapi sudah tentu DAP bernafsu.

Kesimpulannya adalah tidak logik PKR bertanding 13 kerusi pada pilihan raya negeri akan datang. Belum waktunya, lebih baik tunggu pilihanraya Parlimen atau umum.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑