
Kita kutip ucapan si Zahid Hamidi, Presiden UMNO semasa pelancaran jentera UMNO Sepanggar.
Ucapan Bung Mokhtar jangan ambil kisah sangat, macam orang yang tiada didikan sivik jak tu. Cakap main lepas jak.
Ucapan berkobar kobar tapi boong yang lucunya kedengaran dalam rakaman, suara berteriak menyokong kenyataan si Zahid Hamidi; Kalau suara dari orang Melayu kita tidak hairan sangat, maklumlah UMNO terkenal dengan retorik Hidup Melayu. Tapi kalau orang Sabah apa lagi KDMR itu perbuatan yang memalukan.
Golongan itu lebih ramai bodoh dari cerdik, pada mereka kalau sudah membangkang teruslah nampak cerdik, pui. Walhal menang sorak kampung tergadai.
Aku pernah post di Facebook; Orang Sabah yang menyokong UMNO nampak macam badut atau KDMR yang menyokong UMNO nampak macam badut.
Zahid dalam ucapannya menjanjikan tiga hal, janji menunggu bulan jatuh ke riba;
Zahid berjanji menyediakan peluang pekerjaan dengan menarik pelabur luar negara.
Akan menyelesaikn masalah air, letrik dan jalan raya dalam tempoh tiga tahun sahaja.
Tapi benarkah Sabah berhadapan isu bekalan letrik, air dan kritikal. Tidak dinafikan ada tapi tidak kritikal dan tidak melibatkan keseluruhan negeri Sabah.
Walaupun kawasan itu berhadapan dengan gangguan air dan letrik kerana faktor jenayah, tapi kadang kadang saja berlaku gangguan, tidaklah sampai berminggu minggu.
Gangguan bekalan air bertambah bila syarikat konsesi air yang berpengalaman dibuang oleh kerajaan Warisan, diganti dengan syarikat kroni dan tidak ada pengalaman. Kerajaan GRS juga terpaksa membayar saman/denda lebih 300 juta.
Di Selangor, Kedah, Kelantan dan Johor beberapa lagi. Juga mengalami gangguan air malah letrik. Di Sarawak pun masih berlaku tapi tidaklah membabitkan daerah daerah besar atau keseluruhan negeri dan berhari hari.
Kalau kita dengar dan bayangkan ucapan Zahid Hamidi macam teruk sangat keadaan Sabah. Sedangkan di Semenanjung pun masih ada jalan raya rosak. Termasuk di Selangor negeri paling maju di Malaysia.
Bung Mokhtar sempat sebagai Menteri JKR Sabah, apa yang dia buat? keadaan jalan raya, gangguan air dan letrik di Kinabatangan sendiri tidak ada perubahan, macam tidak ada wakil rakyat.
Peluang pekerjaan, kenapa perlu tunggu UMNO jadi kerajaan Sabah. Bukan kah sekarang Zahid Hamidi Timbalan Perdana Menteri Malaysia. Kenapa tidak gunakan kuasa yang ada untuk membantu Sabah? Jangan dia lupa, jawatan Timbalan Perdana Menteri yang dia sandang itu ada sumbangan Ahli Parlimen pro GRS.
Anak anak Sabah berhijrah ke Semenanjung untuk bekerja. Apa masalahnya. Tak kan rezeki pun dipolitikkan.
Kalau mau Sabah banyak peluang pekerjaan seperti di Semenanjung. Tidak perlu tunggu pelabur luar negara atau UMNO jadi kerajaan negeri. Cukup penuhi tuntutan 40% hasil dan 20% royalti minyak. Ketika itu bukan kerajaan yang mencari pelabur, tapi pelabur datang sendiri.
Sekarang pun, Sabah proaktif dibawah kerajaan GRS apa lagi jika 40% hasil Sabah dibagi semua.
Jangan berpolitik sangat. Hapuskan sistem kabotaj? supaya peluang pekerjaan sentiasa bertambah.
Akibat kabotaj rakyat Sabah terpaksa menanggung harga dan cukai yang berganda ganda. Tapi orang Sabah yang bekerja di Semenanjung dijadikan isu politik. Habis itu orang Semenanjung kerja di Sabah dan Sarawak, kenapa tidak diungkit?
Aku rasa Zahid Hamidi bukan orang Malaysia tulen. Kenapa teruk sangat dia punya politik tu.
Zahid Hamidi berkeyakinan janji itu dapat ditunaikan sebab Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim orang yang baik. Kenapa tunggu Perdana Menteri, kenapa Timbalan Perdana Menteri orang jahat dan tidak pandai buat kerja kah?
Kalau kita amati, janji janji bohong Zahid Hamidi itu membuktikan Sabah ditadbir oleh GRS. Tapi bab kerjasama bagi menghadapi pilihan raya negeri. UMNO berlagak tuan macam dia pula kerajaan negeri dan kalau boleh GRS yang melutut.
Apa punya UMNO lah. Teruskan berpolitik tapi jangan bangsat sangat.
Kali ini Zahid Hamidi tidak berjanji, Perjanjian Malaysia 1963 akan ditunaikan 100%. Macam di PRK Kimanis itu hari, bercakap pun tercari cari, nampak sangat sedang berbohong.






















Leave a Reply