Suhaimi Nasir – Ibarat Mana Duluan Ayam Kah Telur

Susahlah sebagai wakil rakyat kalau mendalami  konsep demokrasi pun gagal. Walhal mereka sendiri pihak yang paling kuat melanggar peraturan walaupun ke atas peraturan parti UMNO itu sendiri.

Masih ingat agenda UMNO menolak DAP/PH dan Anwar sebelum pilihan raya, hingga bersumpah atas nama Allah. Tapi yang berlaku sebaliknya. Presiden UMNO  dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia dalam kerajaan PH.

Demokrasi bererti memilih antara yang terbaik di kalangan yang terbaik. Walaupun terpaksa menukar haluan perjuangan di tengah jalan.

Justeru bertindak meninggalkan parti lama, apa lagi keputusan dibuat secara berjemaah, adalah tindakan yang terpuji selaku wakil rakyat.

Tapi jika ada pemimpin yang terus mempersoalkannya hanya kerana dia gagal menjawab persoalan. Bererti dia jenis pemimpin yang kuat memperbodoh.

Mula mula Penerangan UMNO Sabah, Suhaimi  membangkitkan kutipan hasil balak RM5.3 bilion antara tahun 1999 hingga 2023.

Lalu dijawab oleh Ketua Penerangan Gagasan Rakyat, Datuk Nizam. Jika begitu si Suhaimi juga perlu menjelaskan ke mana dana RM7.5 bilion yang pernah di peruntukan antara tahun 2007 hingga 2015 oleh kerajaan persekutuan bagi menyelesaikan isu kemudahan asas.

Tapi tidak mampu dijawab oleh Si Suhaimi. Lalu beretorik yang  Datuk Nizam Titingan berasal dari UMNO. 

Ya benar dari UMNO, jadi apa isunya? adakah salah meninggalkan parti yang menjadikan rakyat Sabah boneka UMNO dari pusat?

Justeru beretorik setelah gagal menjawab persoalan dengan mendakwa Datuk Nizam Titingan berasal dari UMNO. Dengan sendirinya menjawab pertanyaan ke mana hasil balak RM5.3 bilion dan peruntukan RM7.5 dibelanjakan

Siapa lagi kalau bukan kerajaan UMNO yang wajar dipertanggungjawabkan, ini kerana dalam tempoh itu mereka yang menguasai Sabah dari Federal dan tidak memulangkan hasil balak dalam bentuk 40%  seperti yang termaktub dalam perjanjian Malaysia 1963.

Sehingga hari ini Suhaimi Nasir masih pemimpin UMNO. Jadi sewajarnya dia yang bertanggungjawab kerana kekal bersama parti batil. Bukan hanya setakat berteka teki, siapa yang duluan ayam kah telur. Hahaha!

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading