
Kenapa pula GRS yang dihentam dan difitnah oleh badut Warisan. Sedangkan yang membalun kaw kaw Shafie Apdal semalam, Perdana Menteri Anwar Ibrahim semasa berucap di Himpunan PKR Sabah yang berlangsung di Kota Kinabalu. Seperti link dibawah.
Anwar Ibrahim Balun Shafie Apdal Kaw kaw, Dua Tahun Lebih Tidak Buat Apa (Video)
Apa lagi ucapan Ketua Menteri Hajiji dalam perhimpunan itu tidak juga menghentam kepimpinan Warisan. Yang disampaikan berhubung pelaburan di negeri Sabah yang akan berlangsung Oktober ini. Seperti link dibawah.
Hala Tuju SMJ Selari Semangat Gagasan Malaysia Madani
Lucu memang badut Warisan. Lain yang mengetuk kepala Shafie, lain pula yang mereka persalahkan.
Beberapa kelemahan yang digunakan oleh Anwar untuk mengkritik Shafie Apdal dihadapan ahli dan penyokong PKR Sabah.
Antara dakwaan paling menyakitkan telinga badut Warisan. Sampai Ketua Menteri Hajiji yang tidak bersalah pula yang dipertanggungjawabkan.
- Jalan raya berlubang atau rosak yang dihadapi rakyat Sabah hari ini adalah tinggalan kerajaan terdahulu, dimana kerajaan Warisan yang tidak melakukan apa apa atau penambah baikan. Shafie dan kroninya hanya sibuk mengatur kroni dan projek.
Sama halnya berkenaan gangguan bekalan air dan elektrik juga tinggalan kerajaan Warisan. Hari ini setelah menjadi pembangkang kepimpinan Warisan lantang membangkitkan sentimen bangsa dan perlaksanaan perjanjian Malaysia 1963. Kerana itu Perdana Menteri Anwar mengingatkan kepimpinan Warisan agar jangan bermain dengan sentimen, seperti mana Melayu pembangkang di Semenanjung. - Perdana Menteri Anwar juga mengingatkan bahawa beliau tahu rekod kerja Shafie Apdal. Rekod kerja yang terpalit dengan skandal penyelewengan dana rakyat dalam Kementerian KKLW ketika itu.
Terimalah hakikat, ahli Parlimen Warisan hanya ada tiga ketul terlibat membentuk kerajaan persekutuan. Itu ertinya kamu ibarat melukut di tepi gantang. Kewujudan kamu ada tidak sama saja, bikin semak saja.
Oleh itu kita cabar kepimpinan Shafie Apdal. Jika begitulah sikap mereka terhadap kerajaan Madani. Maka lebih baik mereka tinggalkan kerajaan ini segera, agar mudah dikenal pasti siapa lawan dan siapa kawan sebenar. Macam mana ada berani?





















Leave a Reply