Musa Aman Diheret Dan Dikaitkan Dengan Kerajaan GRS? Sedangkan Shafie Yang Gagal

Inilah yang dimaksudkan dengan pepatah tidak ada rotan akar pun berguna.

Berpuluh ribu  fitnah dan cerita bohong  disebarkan oleh pemimpin dan badut Warisan sebelum ini, supaya rakyat Sabah menilai kerajaan GRS dan kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor, buruk atau tidak kompeten.

Tapi masih belum dapat membodohkan atau menggugat keyakinan majoriti rakyat untuk menolak kepimpinan Ketua Menteri Hajiji Noor dan barisan kepimpinannya.

Yang kamu dengar siang malam mengomel pasal Ketua Menteri Hajiji Noor dan kerajaan GRS, mereka bukannya rakyat biasa tapi laskar Warisan yang sudah di doktrin, tidak akan mengakui kemajuan yang dicapai oleh kerajaan GRS. Makanya sampai bila pun mereka akan mempolitikkan air, letrik dan jalan raya.

Mempolitikkan bermaksud tetap berkata tiada bekalan letrik, air dan jalan raya masih rosak walaupun keadaan sudah normal. Tapi jangan, tidak mustahil  pembohongan mereka akan mengena batang hidung sendiri. Paras air melimpah  sampai ke hidung  mereka, keadaan jalan raya yang baik  menyebabkan mereka bermasalah ketika memandu. Bil letrik melambung sampai mengekang kewangan mereka. Jangan main buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat. 😂

Terbaru badut Warisan memfitnah, mengaitkan kepimpinan GRS dengan mantan Ketua Menteri Sabah, Musa Aman.

Saya tidak faham kenapa nama Musa Aman terus diheret dalam kerajaan GRS. Walhal  setiap pilihan raya negeri Sabah yang lalu, namanya juga dicanang dan dikaitkan dengan  nama nama yang terpapar. Tapi yang berlaku mereka terus mendapat kemenangan malah majoriti mereka semakin bertambah. Alhamdulillah.

Menunjukkan kepimpinan Musa Aman tiada masalah, hanya fitnah dan buruk sangka yang mengaburi golongan pembenci.  

Itu saya kata, kalau nanti di kata bodoh pandai pula badut Warisan mengaus macam kehabisan bekalan.

Badut atau pihak Warisan sengaja menganggap  jawatan yang ditawarkan Ketua Menteri, Musa Aman kepada Datuk Hajiji, Datuk Masidi dan beberapa lagi ketika itu sebagai tidak kena dan mengamalkan kronisme.

Kronisme apa dan apa yang tidak kena, golongan badut oiii.

Datuk Hajiji, Datuk Masidi dan seterusnya Datuk Ghulam ketika itu adalah juga ADUN yang dipilih oleh rakyat. Manakala yang lain ada kelayakan akademik dan good attitude. Maka wajarlah mereka mendapat kepercayaan sekaligus ditawarkan jawatan sebagai Menteri negeri dan Pengerusi atau Setiausaha dalam pentadbiran kerajaan.

Hasilnya seperti bangunan yang tersergam indah SICC, PPNS dan banyak lagi kemajuan yang dikecapi oleh rakyat Sabah sehingga hari ini.

Kerana itu juga kerajaan Musa Aman  berjaya mengumpul rizab Kewangan sehingga 3.7 bilion setanding negeri Selangor, Pulau Pinang dan Sarawak

Jadi tidak logik jika  Musa Aman terus diseret dan dituduh mengamalkan kronisme seolah oleh telah merugikan negeri dan rakyat Sabah.

Orang ada kedudukan sebagai ADUN dan ada  kelayakan akademik, dituduh mengamalkan kronisme dan nepotisme. Habis kalau bukan mereka yang menyandang jawatan, lalu siapa yang lebih layak. Bodoh punya badut Warisan. Pui!

Musa Aman ketika itu lebih tahu apa yang terbaik untuk negeri dan rakyat Sabah.

Perlu diingat tuduhan Musa Aman di Mahkamah telah selesai dan pihak Mahkamah yang mendapati beliau tidak bersalah. Tuduhan ke atas Musa juga tidak melibatkan wang rakyat tapi di antara syarikat dari Sandakan yang tidak berpuashati.

Berbeza dengan Shafie Apdal disiasat oleh SPRM  dan diheret ke Mahkamah setelah  didakwa telah menyeleweng dana Kementerian KKLW. Tapi tidak berkesudahan apa bila kerajaan bertukar dan Shafie dibebaskan setelah  membayar wang  jaminan RM100 ribu.

Yang  menyatakan Shafie Apdal bebas sepenuhnya  dari tuduhan rasuah, bukannya  Mahkamah tapi Menteri Undang Undang VK Liew yang juga Ahli Parlimen Warisan.

Wang jaminan RM100 ribu sudah dikembalikan ke? kalau belum itu bererti kes masih di atas meja peguam negara.

Yang pihak Warisan menyibuk selepas puluhan tahun era kerajaan Musa Aman  apa ke halnya. Sedangkan waktu itu juga Shafie gagal sebagai Menteri KKLW dan terpalit dengan tuduhan rasuah di Mahkamah.

Justeru itu yang sepatutnya yang dipersoalkan oleh badut Warisan ialah kronisme yang diamalkan oleh Shafie Apdal sejak dari era UMNO sehingga kerajaan negeri Warisan. Dimana Shafie melantik kroninya menyandang jawatan penting dalam kerajaan walaupun tidak berkredibiliti, sedangkan ada lagi orang luar yang juga Adun atau ahli Parlimen Warisan yang lebih sesuai.

Contoh terbaru Yusof Apdal, Ahli Parlimen Lahad Datu baru menang sekali sudah diangkat sebagai pembantu menteri di peringkat Persekutuan. Sedangkan Munirah masuk dua penggal menyandang Ahli Parlimen Kota Belud tapi tidak diberi kedudukan.

Bayangkan semasa Warisan, pentadbiran Shafie melantik penjenayah sebagai ketua kampung, JKKK dan seumpamanya di peringkat daerah.

Justeru itu tidak hairan kenapa Shafie gagal  menerajui kerajaan negeri dan banyak musibah yang menimpa rakyat dan negeri Sabah ketika itu. Janji pilihan raya, jangan ceritalah memang tiada.

Menteri Persekutuan dan pegawai pegawai dari parti Warisan terlibat dalam skandal penyalahgunaan kuasa jangan ceritalah, walaupun baru setahun menjadi kerajaan.

Kementerian Darell Leiking antara yang disiasat oleh SPRM begitu juga Kementerian Pelancongan.

Ancaman Covid-19 yang muncul tidak dijangka di awal  kerajaan Warisan. Jika diperhalusi adalah musabab kerajaan Warisan dibukakan jalan keluar. Sebab itulah Covid 19 tidak boleh dijadikan alasan, kenapa Warisan gagal sebagai kerajaan negeri.

Macam juga nasib manusia bha, ada yang kurang baik, ada yang sangat baik.

Jika kerajaan Warisan berkemampuan, mampu mengharmonikan kehidupan rakyat Sabah. Mustahil Tuhan tidak menutup pintu kekalahan agar kerajaan Warisan dapat berbakti pada rakyat Sabah. Tapi tidak, kerajaan Warisan dibiarkan hanyut dan tenggelam. 

Gejala sosial meningkat, aktiviti pengedaran dadah syabu semakin rancak. Dimana syabu dijual seperti sayur di pasar. Memang semasa kerajaan Warisan sedang agak teruk.

Dua pulau di Semporna diberikan pada tauke Cina. Berlaku dalam kerajaan Wariaan. 

Pokoknya barisan kabinet kerajaan Warisan gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Tapi yang dicanang gagal segagalnya ialah kerajaan GRS dan dikaitkan dengan Tan Sri Musa Aman.

Rizab Kewangan kerajaan Sabah menyusut dari 3.7 bilion. Tidak tahu ke mana rizab kewangan dalam tempoh dua tahun dibelanjakan oleh si Shafie. Tapi tetap juga yang disalahkan kerajaan GRS dan Musa Aman.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading