Bekas CEO MARii Lantikan Darell Leiking Penjara 1 Tahun  Denda 100 Ribu

MARii dibawah Kementerian Perdagangan Antarabangsa yang di sandang ketika itu oleh Timbalan Presiden Warisan, Darell Leiking.

Hari ini Bekas Ceo MARii Mohamad Madani dijatuhkan hukuman 1 tahun penjara dan denda 100 ribu oleh dua Mahkamah Sesyen atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif bernilai RM6.4 juta dan memperoleh wang tunai RM5 juta pada 2019 dan 2021.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-ceo-marii-dipenjara-setahun-denda-rm100000-479643

Sebelum ini saya ada menulis berita ini dan saya kaitkan dengan Darell Leiking selaku Menteri  Perdagangan Antarabangsa.

Bekas CEO MARii Lantikan Darell Selaku Menteri MITI Didakwa Tipu RM6.4 Juta

Berita ni andai  berkaitan dengan kerajaan GRS. Pasti yang dipersalahkan oleh pemimpin dan badut Warisan ialah Ketua Menteri Sabah secara total, walaupun orang kebanyakan yang melakukannya.

Betapa keji dan bodoh piangnya pihak Warisan.

Macam sebelum ini orang biasa yang membuat permohonan tapi Ketua Menteri Hajiji yang dipersalahkan. Lepas itu tidak boleh nampak borang permohonan tanah akan dikaitkan dengan rasuah oleh pihak Warisan. Betul-betul badut Warisan. Pui!

Pada rakyat Sabah, jangan kamu percaya pada retorik Warisan yang sering berlagak aman, amanah. Pada hakikatnya merekalah buaya sebenar.

Rujuk saja berita ini, baru beberapa bulan Warisan menjadi kerajaan di peringkat persekutuan dan negeri. Dan mendapat lantikan Menteri sudah ada orang orangnya yang dihadapkan ke mahkamah dan di penjara kerana rasuah.

Darell Leiking selaku Menteri ketika itu, rasa rasanya terlibat ke? Ya sudah pastilah. Berapa persen agaknya dari RM6.4 juta itu.

Untung saja CEO berkenaan cepat membuat pengakuan bersalah. Jika tidak, Darrel bakal disiasat dan turut dihadapkan ke Mahkamah atas kes yang sama. Ini sudah pasti.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading