Bung Mokhtar Bawa Rafizi Tunjuk Bukti Orang Kampung  Kinabatangan Ramai Miskin

Nah rayang si Bung Mokhtar bha, benar benar pemimpin negara kelas ke tiga. Nama pun Bung.

Dia kata, dia rela membawa Menteri Kewangan, Rafizi melihat kampung kampung  di daerah Kinabatangan yang miskin, masih tiada letrik, air dan jalan raya.

Macam pula, kemiskinan kampung kampung di Kinabatangan menjadi modal dan kebanggaan UMNO Bung. Dia yang gagal menyediakan peluang pekerjaan, tapi ada hati berlagak sebagai hero orang kampung.

Apa sebenarnya yang mau dibuktikan oleh si Bung sekaligus dipertanggungjawabkan ni.

Kepimpinannya selama 25 tahun atau ke kerajaan UMNO yang berdekad memerintah negara, atau  kerajaan Madani yang baru berumur setahun jagung.

Yang pasti tampak Bung berusaha menutup kegagalannya seolah olah kerajaan hari ini pula yang gagal membasmi kemiskinan. Sedangkan sudah 25 tahun jadi ahli Parlimen Kinabatangan, apa yang dia telah buat? pernah menyandang sebagai timbalan ketua menteri Sabah dan mendapat peruntukan beratus juta ringgit, apa yang Bung telah buat?

Orang Sabah lebih mengenali si Bung Mokhtar sebagai pemimpin yang tidak ada jasa pada rakyat dan negeri Sabah. Kalau ada tolong buktikan disini!

Walaupun Bung selaku pemimpin UMNO sejak puluhan tahun yang lalu, tapi majoriti orang Sabah tidak mengenalinya pun.

Nama Bung panas hanya bila skandal  FELCRA meletup dimana Bung Mokhtar sendiri adalah pelakunya. Dari saat itu juga rakyat Sabah mulai mengenali Bung sebagai pemimpin kaki judi, berdasarkan gambar semasa dia berjudi yang disebarkan oleh jentera Pakatan Harapan (PH) ketika itu.

Tidak sepatutnya saya mempersoalkan hobi seseorang tapi Bung kena ingat sebagai pemimpin yang beragama Islam, judi hukumnya haram.

Jangan sampai orang luar berpandangan sinis terhadap pengundi yang menyokong atau mengundi Bung di Parlimen Kinabatangan, sebagai sudah rosak, dua kali lima.

Namun masih belum terlambat untuk kita atau Bung sama sama bertaubat.

Rakyat yang berperangai beruk akan mendapat pemimpin berperangai beruk. Ingat ni!

Yang tidak seronok dari konteks politik, bukan perbuataan berjudi itu sendiri. Tapi sudah pastilah rakyat Sabah mempersoalkan dari mana Bung mendapat wang begitu banyak untuk berjudi.

Penyokong Warisan dan PH yang selama ini mendakwa Bung Mokhtar sebagai pencuri dan kaki judi. Hari ini, apa pula pandangan mereka.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading