Anwar Bodoh Jika Termakan Bodekkan Bung  – UMNO Dan PH Sabah Bekerjasama

Inilah apa yang dipanggil sudah terhantuk baru tengadah. Sudah nampak UMNO akan berakhir di Sabah, barulah pemimpinnya menganggungkan PH.

Bung Mokhtar dalam kenyataan terbaru menegaskan UMNO Sabah akan terus menyokong kerajaan perpaduan. Walaupun dakwanya ada usaha menggugat kerajaan negeri.

Pihak mana yang menggugat kerajaan negeri tu. Bukan UMNO dan Warisan ke? kalau dari dua parti ini, tidak ada cerita sudah.

Bung Mokhtar dibuang dari jawatan timbalan ketua menteri Sabah. Setelah dia dan Shafie gagal merampas jawatan ketua Sabah daripada GRS atau Hajiji.

Selain UMNO dan Warisan, rasanya tidak ada sudah yang berani menggugat kerajaan negeri.

Persoalan yang ditimbulkan oleh Bung itu seolah olah, dalam diam UMNO tidak menyokong kerajaan perpaduan ke? walhal kerajaan persekutuan tidak terbentuk tanpa sokongan daripada UMNO walaupun yang mendapat banyak tahinya adalah UMNO.

Bung sedang berusaha membodek Perdana Menteri Anwar Ibrahim, tengok saja banner di bangunan UMNO itu. Begitu besar, kalau kita perhatikan gambar Anwar itu di kutip di media sosial sebab itu tidak sepadan dengan gambar Bung dan Zahid.

Khabar diluar sana mengatakan, kehadiran Anwar Ibrahim belum dapat dipastikan. Kalau tidak hadir malu besar Bung Mokhtar oh. Kalau hadir, Anwar akan dinilai kurang cerdik.

Mengikut jemputan UMNO Sabah. Anwar Ibrahim akan hadir pada 21hb Julai bersamaan Ahad di Dewan SMJK Tiong Hua, Sandakan.

Kita tengoklah.

Bung membodek, agar Pakatan Harapan (PH) Sabah bekerjasama dengan UMNO di peringkat Sabah, dalam pilihan raya negeri yang akan datang.

Ada yang bodoh disini.

Andai PH bersetuju bekerjasama dengan UMNO di Sabah apa lagi tanpa GRS maka yang bodoh adalah Anwar Ibrahim. Sebab Anwar tidak menilai sambutan pengundi Melayu ke atas UMNO di Semenanjung yang terus merosot.

Jika majoriti orang Melayu tidak lagi menyokong UMNO akibat kepimpinan Zahid. Lalu apa lagi orang Sabah yang sudah lama menyimpan kebencian terhadap UMNO. Mereka percaya UMNO sejak dari dulu tidak menghormati hak dan perlembagaan negeri.

Faktor kemenangan calon PH atau PKR di Sabah pada pilihan raya yang lalu kerana faktor pengundi anti parti UMNO dan Warisan. Ini Anwar kena akui.

Bung Mokhtar antara pemimpin UMNO Sabah yang tidak menghormati perjanjian Malaysia 1963. Janjinya berhubung perjanjian Malaysia, satu pun tidak berlanjutan. Habis pilihan raya, janji menunaikannya tidak lagi kedengaran. Tunggulah lagi pilihan raya negeri akan datang baru berkemendang.

Saya tidak tahu siapa yang memerlukan siapa. UMNO tidak ada pengaruh di kawasan urban dan separa urban, ertinya DAP akan bertanding disini. Simpanlah 10 kerusi.

Diluar bandar UMNO berhadapan dengan GRS. UMNO akan bertanding 30 kerusi, sudah tentu bakal kalah teruk, beberapa kerusi kepada calon GRS dan beberapa lagi kepada Warisan.

Jika pula Warisan, PH dan UMNO bekerjasama maka GRS akan untung besar sebab sentimen anti parti Malaya akan menjadi.

Agak mustahil PH atau DAP bekerjasama dengan Warisan.

Last last GRS tetap King. Jadi Perdana Menteri Anwar jangan termakan bodekkan Bung atau UMNO Sabah nanti orang Sabah panggil u bodoh.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading