Bekas CEO MARii Lantikan Darell Selaku Menteri MITI Didakwa Tipu RM6.4 Juta

Sebelum ini Mohammad Dani Bekas Ketua Eksekutif Institut (CEO) Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) didakwa di Mahkamah kerana menerima suapan RM5 juta dari seorang individu setelah membantu satu syarikat bagi mendapatkan projek yang bernilai RM12 juta.

Hari ini didakwa lagi setelah berbohong pada lembaga pengarah MARii. Kononnya harga RM6.4 juta yang ditawarkan oleh syarikat kroni, LPS Learning lebih murah berbanding yang lain. Sedangkan harga sebenarnya baru RM2.3 juta.

MARii adalah agensi dibawah Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia (MITI).

Waktu itu Menteri MITI (Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia) adalah Darell Leiking yang juga Timbalan Presiden Parti Warisan.

Kiranya amalan makeup harga semasa Kementerian KKLW terus dipraktikkan oleh orang orang Shafie. Begitu bha kan?

Politik memang kotor, jadinya kalau sudah tahu kotor jangan pula senang senang memburukkan orang lain, seperti yang dilakukan oleh Warisan terhadap kerajaan GRS hari ini. Nanti, kamu fahamlah sendiri.

Siapa yang menyumbat Najib Razak ke penjara? Serba banyak setelah Shafie mendedahkan skandal 1MDB.

Padan pun semasa menjadi Menjadi Menteri MITI si Darell Leiking dilihat mengalami perubahan yang ketara. Apa, perubahan itu berkaitan penampilannya atau saja perubahan tidak lagi mengangkat panggilan telefon masyarakat Penampang. Rupa-rupanya sibuk mengatur kekayaan untuk diri dan kroninya.

Padan juga janji Warisan ingin mengubah Sabah melalui Sabah Ubah habuk pun tidak ada. Jalan raya tidak dibaiki, masalah perbekalan air tidak mengalami penambahbaikan begitu juga gangguan electrik yang tidak berkesudahan sehinggalah kerajaan Warisan ditumbangkan oleh rakyat pada PRN 2020.

Ironinya untuk menutup kegagalan kerajaan Warisan dan kekantoian pemimpin pemimpin memakan suapan seperti ini.

Pihak Warisan selaku pembangkang mencipta naratif yang kerajaan GRS kononnya gagal menangani isu air, letrik dan jalan raya. Walhal mereka tahu kerajaan GRS sedang berusaha gigih menyelesaikannya.

Perlahan lahan pekung kepimpinan Warisan yang tidak bertanggungjawab terbongkar dengan sendirinya.


Mohamad Madani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif bernilai RM6.4 juta, lima tahun lalu. - BERNAMA

Mohamad Madani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menipu bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif bernilai RM6.4 juta, lima tahun lalu. – BERNAMA

KUALA LUMPUR: Bekas Ketua Eksekutif Institut (CEO) Automotif Robotik dan IoT Malaysia (MARii) mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menipu Lembaga Pengarah institut berkenaan bagi mendapatkan kontrak penyediaan latihan automotif bernilai RM6.4 juta, lima tahun lalu.

Datuk Mohamad Madani Sahari, 57, didakwa menipu lembaga pengarah MARii dengan memperdaya mereka untuk mempercayai bahawa harga ditawarkan syarikat LPS Learning Platform adalah RM6.4 juta, sedangkan harga sebenar ditawarkan RM2.3 juta.

Perbuatan itu mendorong lembaga pengarah berkenaan menyerahkan kontrak bernilai RM6.4 juta itu kepada syarikat LPS Learning Platform, yang mana lembaga pengarah berkenaan tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak diperdayakan.

Kesalahan didakwa dilakukan di sebuah bilik mesyuarat di sebuah hotel di Jalan Stesen Sentral Dua di sini antara 10.50 pagi hingga 3.35 petang, 14 Disember 2019 mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman minimum penjara setahun dan maksimum 10 tahun serta sebatan dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya Law Chin How memohon mahkamah mengguna pakai jaminan RM300,000 yang ditetapkan Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum ini.

“Tertuduh sebelum ini didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam dan esok dia akan didakwa lagi di mahkamah sama di bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan.

“Pihak kami akan memohon untuk memindahkan kes di Mahkamah Shah Alam untuk dibicarakan bersama di Mahkamah Sesyen di sini,” katanya yang mengendalikan kes bersama Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Asraf Mohamed Tahir dan Haresh Prakash Somiah.

Peguam Wan Aizuddin Wan Mohammed yang mewakili Mohamad Madani bersetuju untuk mengguna pakai jaminan itu, selain memaklumkan anak guamnya tidak pernah gagal hadir ke mahkamah sejak dituduh pada April 2023.

Hakim Rozina Ayob membenarkan permohonan pendakwaan untuk mengguna pakai wang jaminan RM300,000 dan menetapkan 29 Februari ini untuk sebutan kes.

Pada 14 April tahun lalu, Mohamad Madani didakwa di Mahkamah Sesyen Shah Alam atas pertuduhan menerima rasuah RM5 juta daripada seorang individu menerusi akaun bank sebagai upah kerana membantu sebuah syarikat mendapat surat penganugerahan berjumlah RM12 juta.

Dia turut didakwa di Mahkamah Sesyen di sini pada 8 Mei tahun lalu atas pertuduhan meminta suapan RM5 juta bagi membantu sebuah syarikat mendapatkan program latihan dan penempatan pekerja. โ€“ BERNAMA

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading