Gangguan Air UMS pada 2019, Mana Memorandum Mahasiswa Sengal, Pemimpin Plastik UMNO Warisan?

Tidak bererti takut mendengar suara sumbang menuntut bekalan air yang kononnya tidak konsisten. Tapi sebaliknya, bukan ke hanya pihak yang sudah terbukti mampu dan berjaya yang layak mempersoal usaha orang lain. Jika tidak itu bererti mereka mengada ngada dan berniat jahat.

Ingin memaklumkan rakyat Sabah diluar sana. Bahawa gangguan air di UMS berlaku sejak puluhan tahun yang lalu dan ia juga dilalui kerajaan Warisan serta badut Warisan yang hari ini berlagak hero.

Sabah tidak lagi memerlukan hero seperti pejuang kemerdekaan. Apa yang pemerintah Sabah perlukan adalah pembangkang yang berkualiti dan masyarakat yang matang serta penuh nasionalisme, maka Sabah akan jauh lebih makmur dan maju berbanding negeri negeri lain. Tidak seperti pembangkang Warisan, seawal kemunculan mereka rakyat Sabah mulai mempersoal keberadaan bangsa dan kaum lain.

Seperti pemakluman yang dikeluarkan oleh pihak UMS bertarikh 09 Mei 2019. Dimaklumkan UMS akan menghadapi gangguan air dan pihaknya telah berhubung dengan Jabatan Air Negeri Sabah, JANS. Pengarah JANS masa itu si Amarjit Singh.

Tahu apa jawapan balas Amarjit Singh atau JANS. Memaklumkan memang tiada air bukan hanya UMS yang kehabisan air tapi juga kawasan sekitar Sepanggar, Kingfisher, Alam Mesra, Hospital Likas dan Sulaman. Hospital pun kritikal tidak ada air, era kerajaan Warisan.

Begitu kritikal. Tapi tidak ada pula kedengaran suara sumbang menuntut isu air UMS diselesaikan. Tiada juga perhimpunan untuk menyerahkan memorandum kepada Shafie Apdal? mana mahasiswa sengal, mana pemimpin plastik Warisan dan UMNO, kenapa waktu itu tidak lantang dan berkumpul dihadapan bangunan PPNS?

Tapi bila kerajaan Warisan tumbang pada pilihan raya negeri 2020 kepada PN atau hari ini dikenali sebagai GRS.

Bukan main lagi, hebat wayang yang dimainkan, tunjuk perasaan diadakan di hadapan bangunan PPNS. Sudah begitu mendesak biar Ketua Menteri Sabah yang menerima memo mereka. Pandai betul main wayang badut Warisan UMNO. Pui!

Rakyat Sabah tidak akan melupakan kegagalan Shafie selaku Menteri KKLW dan sebagai ketua kerajaan Warisan.

Ketika itu rakyat cukup susah mendapatkan bekalan air bersih, sampaikan orang Kunak mengugut mengirim air kencingnya kepada Perdana Menteri Najib Razak. Ini kerana walaupun Shafie selaku Menteri KKLW, mendakwa projek memasang paip besar dan membina loji sudah siap. Tetapi masih banyak kampung di pantai timur atau di Kunak belum mendapat bekalan air bersih.

Orang Kunak Kirim Air Kencing Pada PM Angkara Shafie Gagal Masa Menteri KKLW – Isu Air (Video)

Sampaikan loji Sungai Intan, Semporna berharga RM48 juta yang dibina menggunakan peruntukan KKLW disiasat oleh SPRM. Disiasat sebab masyarakat mendakwa loji itu tidak menambah baik bekalan air bersih.

4 thoughts on “Gangguan Air UMS pada 2019, Mana Memorandum Mahasiswa Sengal, Pemimpin Plastik UMNO Warisan?

Add yours

  1. nama saja Menteri kklw Masa bersama BNUMNO

    tetapi sendiri kena kencing sekarang…

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading