
Ini lagi satu fitnah badut Warisan. Betul-betul puak ni bajingan, sengaja tidak mengenal dosa dan pahala.
Kalau pihak yang mereka sokong lebih baik dari kerajaan GRS, ok lah juga, ini tidak. Dua tahun lebih apa yang kerajaan Warisan telah laksanakan. Janji pada orang kampung sengaja tidak ditunaikan.
Saya gunakan istilah sengaja, bukan sembarang ya. Memang Shafie ketika itu sengaja tidak percepatkan. Walaupun ada orang Zuraidah yang sudah bagi lampu hijau.
Malah kerajaan Warisan lah yang merobohkan Kampung Simunul, Semporna. (Dirobohkan sebab tapak kampung milik orang perseorangan dan didirikan selepas kemerdekaan Sabah, mungkin boleh diterima. Tapi biarlah win win situation)
Fitnah yang saya maksudkan adalah video yang disebarkan oleh akaun tik tok, misskibbot. Kononnya kerajaan negeri tidak ada hati perut sebab merobohkan rumah pada hari raya pertama Aidiladha. Siap menggunakan takdir raya sebagai suara latar. Memang bangsat lah.
Hampir saya dapat pastikan lokasi kejadian di Suang Parai belakang 1B tapi video atau kejadian itu empat hari sebelum sambutan Aidiladha, bukannya di hari raya pertama Aidiladha.





















