
Persoalan siapa yang membatalkan projek Pan Borneo selama 2 tahun lebih telah dijawab oleh pelbagai pihak sebelum ini tapi dinafikan oleh pemimpin dan badut Warisan.
Sebelum ini Ahli Parlimen Pansiangan, Arthur Joseph dalam sidang Parlimen mendedahkan bahwa kalau bukan Shafie Apdal yang menangguhkan atau membatalkan pembinaan projek Pan Borneo. Sudah pasti kemajuan projek Pan Borneo Sabah akan menyamai Pan Borneo Sarawak.
Si Aziz Jamman Berbohong Lagi Tidak Akun Warisan Yang Hentikan Projek Pan Borneo 2018
Begitu juga Bung Mokhtar tidak berpuas hati bila projek Pan Borneo ditangguhkan atau dibatalkan selama dua tahun setengah. Lalu memanggil pemimpin kerajaan Warisan/PH ketika itu sebagai bodoh.
Rupanya ketidakpuasan hati Bung itu ternyata bohong dan kepura-puraan. Tidak lama selepas itu Bung Mokhtar bersubahat dengan Shafie Apdal melalui Langkah Kinabalu, cuba merompak jawatan Ketua Menteri daripada Datuk Hajiji tapi gagal.
Bung Cakap Wakil Rakyat Warisan Bodoh Batal Pan Borneo, Terpaksa Guna Jalan Lama Yang Rosak (Video)
Hari ini Menteri JKR yang bertanggungjawabkah mendedahkan kedudukan yang sebenarnya.
Menteri Kerja Raya, Datuk Alexander Nanta Linggi membocorkan perbuataan Shafie hingga projek Pan Borneo Sabah tergendala dua tahun setengah.
Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya memberi penjelasan yang sama.
Pada 2019 Shafie sengaja mengubah perlaksanaan projek Pan Borneo dengan harapan kontrak projek ini akan diberikan kepadanya. Tapi dia lupa sistem kewangan negara bukan macam kerajaan cowboys Sabah yang ditadbir oleh Warisan ketika itu. Sekali Shafie mengubah cara perlaksanaan itu bererti Shafie telah mengubah skop kerja menyebabkan peruntukan yang tersedia terbatal atau digunakan untuk keperluan lain.
Tahun berikutnya negara di landa Covid 19 yang serius menyebabkan peruntukan Pan Borneo tidak dapat disediakan. Begitulah balasan ke atas orang yang tamak dan berniat jahat pasti akan gagal dan menggigit jari.
Menurut Menteri Kerja Raya Sabah, Menteri Kerja Raya Sabah, Datuk Ir Shahelmey.
Pertukaran kaedah pelaksanaan projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah kepada kaedah konvensional berbanding menggunakan Rakan Penyampai Projek (PDP) menjadi punca utama kelewatan projek itu di negeri ini.
Timbalan Ketua Menteri Sabah, Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata pertukaran itu susulan keputusan kerajaan negeri pada 2019 yang mengesyorkan Kerajaan Persekutuan menamatkan kaedah PDP dan perjanjian berkaitan.
Beliau berkata, tindakan itu salah kerana penamatan Perjanjian PDP bermakna model kewangan untuk membiayai perbelanjaan bagi pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo juga ditamatkan.
“Menerusi Perjanjian PDP, model kewangan dijangka mencukupi melalui Peruntukan Pembangunan dan daripada terbitan sukuk DanaInfra.
“Setelah perjanjian PDP ditamatkan, sumber kewangan pelaksanaan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah hanya melalui Peruntukan Pembangunan yang sangat terhad.
“Ini menyebabkan hanya 15 pakej dapat dilaksanakan daripada 35 pakej keseluruhannya manakala baki 20 pakej ditangguhkan sehingga kelulusan semula pada 2023,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Kenyataan itu bagi menjelaskan perkara dibincangkan dalam Sesi Kamar Khas Sidang Dewan Rakyat berkaitan isu Lebuhraya Pan Borneo yang videonya tular, baru-baru ini.
Shahelmey yang juga Menteri Kerja Raya Sabah, berkata ia berbeza dengan Lebuhraya Pan Borneo Sarawak apabila terbitan sukuk terlebih dahulu dilakukan, menyebabkan projek di negeri itu mempunyai sumber kewangan mencukupi bagi keseluruhan pakej.
Bagaimanapun, katanya, Kerajaan Sabah sentiasa komited melaksana dan menyiapkan Projek Lebuhraya Pan Borneo Sabah dengan berusaha meneruskan baki 20 Pakej yang belum bermula.
“Hasil kerja keras dan desakan Kerajaan Sabah, Kerajaan Persekutuan meluluskan pelaksanaan baki 20 pakej kerja pada 2023 dan dengan kelulusan itu, Jabatan Kerja Raya (JKR) Sabah menyiapkan semua keperluan bagi pelaksanaan semula semua pakej.
“Reka bentuk dan dokumen tender sudah tersedia dan proses Makmal Pengurusan Nilai turut disiapkan pada akhir Oktober 2023.
“Setakat 22 Mac 2024, empat Pakej Kerja iaitu WP12,13,14 dan 16 sudah dibuat pelantikan kontraktor,” katanya.
Beliau berkata, kerja fizikal akan bermula pada 1 April depan manakala baki 16 pakej dalam proses perolehan dan dijangka dimuktamadkan pada bulan depan, disusuli kerja-kerja fizikal yang dijangka bermula Mei depan.





















