KM: Pelajar IPT Sabah Dapat Subsidi Tiket Penerbangan RM600 Seorang secara One-off

EORGE TOWN: Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Hajiji Haji Noor mengumumkan peruntukan sebanyak RM10 juta untuk bantuan subsidi tiket penerbangan kepada semua pelajar Sabah yang belajar di institusi pengajian tinggi (IPT) awam dan swasta di Semenanjung, Sarawak dan Labuan.

Beliau mengumumkan bantuan itu semasa lawatannya ke Pulau Pinang untuk Majlis Berbuka Puasa Bersama Mahasiswa Mahasiswi Institusi Pengajian Tinggi di Semenanjung di sini pada Isnin.

Katanya, bantuan khas one off sebanyak RM600 seorang kepada pelajar Sabah itu adalah dana daripada peruntukan khas Ketua Menteri.

“Bantuan khas tiket penerbangan one off itu akan diberi secara terus kepada pelajar berkenaan. Bagaimanapun, maklumat terperinci dan mekanisme pembayaran akan dibincangkan lebih lanjut oleh pihak-pihak berkenaan.

“Bantuan khas ini boleh digunakan pada bila-bila masa untuk pulang ke Sabah,” katanya.

Tamat

Tinggalkan komen

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑