Bung Cakap Wakil Rakyat Warisan Bodoh Batal Pan Borneo, Terpaksa Guna Jalan Lama Yang Rosak (Video)

Ini bha cerita yang sebenar benarnya berkaitan keadaan jalan raya di Sabah yang dipolitikkan oleh badut badut Warisan dan UMNO Sabah. Dua pihak yang saling mendedahkan kebodohan tapi hari ini seolah olah tidak pernah bermusuh. Lalu sengaja menyalahkan kerajaan GRS yang dipimpin oleh Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, setiap kali ada video yang menunjukkan jalan raya rosak.

Saya katakan agar simpan sikit bodoh itu untuk generasi mereka. Biar menjadi punching bag kepada generasi yang menyokong kerajaan GRS waktu itu.

Jalan lingkaran tengah Sabah, Telupid ke Sandakan adalah jalan persekutuan sekaligus menjadi tanggungjawab kerajaan persekutuan, dimana Ahli Parlimen dalam hal ini Bung Mokhtar selaku Ahli Parlimen Kinabatangan adalah orang yang bertanggungjawab ke atas keadaan jalan raya berkenaan. Apa lagi waktu itu Bung memegang jawatan Menteri JKR Sabah.

Kerana itulah Bung membodohkan wakil wakil rakyat Warisan kerana membatalkan Fasa 1 Pan Borneo. Menyebabkan pembinaan projek Pan Borneo tergendala selama dua tahun dan jalan lama yang kerap mengalami kerosakan terus digunakan oleh rakyat Sabah.

Sudah tahu kedudukan yang sebenarnya? harap selepas ini tidak ada lagi badut badut Warisan dan UMNO sanggup bodoh demi, menyalahkan kerajaan GRS.

Iaitu memviralkan video jalan raya rosak yang diambil oleh pemandu membawa lebih muatan, sedangkan mereka yang merosakkannya.

Jangan lagi selepas ini mengeluarkan kenyataan yang sanggup bodoh untuk menegakkan benang basah. Sebab itu tidak akan dapat menutup kebenaran.

Kebenaran mungkin kalah buat beberapa waktu tapi tidak akan pernah salah. Waktu itu kemenangan pasti memihak kebenaran buat selamanya.

Jadi berihat kamu para badut badut baik Warisan mahupun UMNO Sabah.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading