JANS Potong Sambungan Paip Air Haram Sepanggar – TKM Shahelmey

Kadar Air Tidak Berhasil (NRW)

Kelmarin pihak JANS telah melakukan operasi memotong beberapa sambungan haram paip air di sekitar kawasan Sepanggar. Usaha itu adalah sebahagian dari usaha berterusan pihak JANS untuk menurunkan kadar air tidak berhasil yang hilang (dicuri) dari sistem agihan bekalan air di sekitar Kota Kinabalu. Masyarakat umum juga boleh memainkan peranan dengan membantu melaporkan kepada JANS sekiranya ternampak kejadian-kejadian curi air seperti itu. Selain sambungan haram, pihak JANS juga berdepan dengan cabaran vandalisme terhadap aset-aset JANS. Bersama kita menjadi masyarakat prihatin.



Dalam hal ini saya berfikir secara kritikal.

Selama ini pihak Warisan mencanang kerajaan GRS gagal mengurus bekalan air di negeri Sabah. Dan ia dicanang setiap hari walaupun pemerintah telah menjelaskan faktor yang menyebabkannya dan apa yang telah diusahakan bagi menangani kekurangan bekalan air.

Selama ini JANS sedia maklum kebanyakan perkampungan di Sepanggar mengambil air secara haram dari paip besar. Tapi JANS tidak bertindak drastik sebab ada kemanusiaan yang perlu dipertimbangkan.

Tapi oleh kerana Shafie Apdal dan pemimpin Warisan lain tidak henti henti mempolitikkan gangguan air walaupun JANS telah menjelaskannya. Dan walaupun sebenarnya kerajaan Warisan juga mengetahuinya sebab itu Pengarah JANS Amarjit Singh era Warisan ada membuat sidang berita berkenaan gangguan bekalan air akibat aktiviti mencuri air hingga merugikan pada kerajaan.

Oleh itu kelmarin JANS telah bertindak tegas dengan tidak lagi memikirkan nasib orang orang yang dianggap oleh Warisan sebagai penyokong mereka.

Iaitu JANS telah menjalankan operasi memotong sambungan paip air haram di beberapa tempat di Sepanggar.

Politik Warisan memang licik ketika berhadapan dengan masyarakat tempatan mereka menyalahkan kerajaan GRS, kerana kononnya lemah menangani isu air atau aktiviti mencuri air. Tapi bila dihadapan penyokong Warisan yang tinggal di kampung kampung setinggan mereka juga menyalahkan kerajaan GRS kerana kononnya membenci mereka.

Jadi kalau kamu bekas PATI dari Filipina atau Indonesia yang kisah dengan nasib mereka yang berkenaan. Maka yang wajib kamu persalahkan dan menolaknya ialah kepimpinan Warisan kerana mempolitikkan bekalan air sedangkan Shafie tahu ia disebabkan aktiviti mengambil air secara haram.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading