
Warisan kalau bab menafikan tuduhan, memang nombor satu apa lagi berhubung kegagalan mereka semasa menjadi kerajaan negeri. Ada saja alasan walaupun alasan itu sekadar penafian semata-mata tanpa fakta dan bukti yang boleh dipertanggungjawabkan.
Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mendedahkan, punca berlakunya gangguan bekalan air di Sabah setelah kerajaan Warisan tumbang.
Warisan Punca Masalah Air Bertambah Teruk
Pendedahan Datuk Hajiji itu disokong oleh fakta dan bukti. Bukan sekadar pendedahan yang tidak boleh dipertanggungjawabkan seperti pihak Warisan bila membuat dakwaan terhadap kerajaan negeri GRS.
Hajiji mendedahkan sembilan syarikat konsesi yang bertanggungjawab menyediakan kelengkapan pembekalan air hari ini, adalah syarikat yang dilantik oleh kerajaan Warisan atau Ketua Menteri ketika itu, Shafie Apdal.
Dengan menamatkan sembilan kontrak syarikat pembekalan air yang dilantik pada 2013 dan hanya tamat pada tahun 2033.
Akibat kerakusan Shafie mencari ringgit. Kerajaan negeri GRS terpaksa menanggung saman sehingga RM315.2 juta yang dituntut oleh sembilan syarikat yang diberhentikan.
Ingat RM315.2 itu adalah wang rakyat Sabah, alangkah baiknya digunakan untuk membina prasarana di kampung kampung luar bandar.
Rakyat Sabah, bukan hanya rugi kerana wang mereka digunakan membayar saman. Tapi sembilan syarikat yang dilantik oleh Shafie Apdal tidak kompetan atau tidak ada kemahiran langsung. Menyebabkan gangguan bekalan air terus memburuk sejak era kerajaan Warisan.
Tekanan air tidak bertambah sedangkan semakin banyak perindustrian dan premis perniagaan beroperasi.
Nasib baik kerajaan negeri cepat bertindak, turun padang memantau kerja kerja yang dijalankan oleh syarikat yang baru dilantik.
Ketua Menteri Sabah sendiri turun padang meninjau kemampuan loji dan sebagainya.
Projek Loji Rawatan Air (LRA) Kogopon Fasa 2 Secara Rasmi Bermula – Solusi Jangka Panjang
Selain operasi pemotongan sambungan paip haram yang telah dikenalpasti menyumbang kepada gangguan bekalan air.
654 Sambungan Paip Air Haram Di Potong Sekitar Sepanggar
JANS Potong Sambungan Paip Air Haram Sepanggar – TKM Shahelmey
Tapi diluar, pembangkang Warisan mencipta tuduhan kononya kerajaan GRS gagal mengurus bekalan air.
Rupanya gara gara syarikat yang dilantik oleh kerajaan Warisan yang gagal menjalankan tanggungjawab mereka. Pui!
Rentetan itu Shafie tampil menafikan pendedahan Ketua Menteri Datuk Hajiji Noor. Sebagai berkata sepatutnya kerajaan negeri berusaha menyelesaikan gangguan air bukannya menuding orang lain.
Macam mana juga Shafie oiii, kerajaanmu yang bertanggungjawab melantik syarikat kelas kambing.
Kerajaan sebelum belum ini mana ada masalah. Bekalan air mulai menjadi isu bila Sabah ditadbir oleh Warisan. Ini fakta. (Semasa era Musa Aman, waktu itu juga Hajiji adalah Menteri. Tapi tiada masalah air. Hanya bila kerajaan Warisan)
Syarikat lantikan kerajaan Warisan, klaim tetap klaim sedangkan hasil kerja macam tahi. Dalam masa sama menuduh kerajaan negeri GRS gagal mengurus bekalan air.
Wang rakyat digunakan untuk membayar saman, sudah pun begitu rakyat berhadapan dengan masalah bekalan air bersih. Siapa yang boleh dipertanggungjawabkan. Cuba kamu jawab ni? wahai manusia Warisan.
Begitu besar dan banyak pembohongan yang dibuat oleh pihak Warisan.
Jatuh jihad sudah menguburkan Warisan. Rosak negeri bangsa oleh puak sial pembohong. Semoga Tuhan memerhatikan mereka dan diberikan balasan yang setimpal.





















