Semalam menerima satu rakaman video yang disunting dari podcast Warisan. Podcast yang semakin hari semakin hambar akibat banyak kenyataan mereka yang sering terbukti bohong, salah satu contoh pembohongan yang berlaku dalam podcast mereka adalah seperti dalam artikel ini.
Video melihatkan laskar Warisab mendakwa kerajaan Warisan lebih baik berbanding kerajaan GRS di dalam menangani keberadaan PATI di negeri Sabah.
Kata mereka kerajaan Warisan dalam tempoh dua tahun telah berjaya menghantar PATI ke negara asal seramai 24 ribu orang sedangkan kononnya kerajaan GRS dalam tempoh tiga tahun hanya menghantar 18 ribu orang.
Video itu diberi tajuk Siapa Menternak PATI? Dalam erti kata kerajaan GRS yang menternak PATI sebab kurang menghantar PATI balik ke negara asal mereka.
Dari mana mereka dapat angka 24 ribu da 18 ribu tu ya? pening kita, sebab kalau kita Google sekalipun pasti kita tidak akan jumpa angka itu. Hahaha!
Kemungkinan mereka di sogokkan maklumat palsu oleh pemimpin Warisan. Seperti dakwaan salah seorang panel kononnya si Aziz sendiri yang bertanya pada pihak yang berwajib tentang jumlah PATI yang telah dihantar balik. Tidak logik seorang Timbalan Menteri KDN bertanya perkara yang sudah menjadi tanggungjawabnya.
Oleh saya akan buktikan pembohongan Warisan kali ini.
Mula sekali saya ingin menyentuh tajuk video yang tidak ada sensitiviti terhadap PATI walaupun bermatian menyokong parti Warisan.
Tajuk itu benar benar telah menghina PATI Indonesia mahupun Filipina. Dimana tanpa ada sedikit perasaan kasihan, Warisan menyamakan mereka atau PTI dengan binatang. Begini hina tanggapan mereka.
Kalau kita dengar rakaman diatas Warisan juga mendesak supaya kampung kampung setinggan yang ada di Sabah ni robohkan. Dan tindakan kerajaan GRS mengiktiraf beberapa kampung yang dianggap kampung setinggan oleh Warisan adalah keputusan yang tidak wajar.
Tahu juga ke Warisan tu tidak semua kampung yang terletak di pinggir darat atau laut berstatus setinggan. Sebab ada perkampungan seperti itu yang wujud sebelum Sabah mendapat kemerdekaan. Bukan hanya berkaitan dengan kemerdekaan Sabah, malah ada dikalangan bapa bapa pemimpin Warisan belum ada di Sabah semasa kampung berkenaan mula mula wujud.
Begitu besar penghinaan Warisan, jadi saya mahu tanya masih ada ke PATI atau kerabat mereka yang menyokong Warisan?
PATI memang tidak boleh mengundi tapi janganlah sampai Warisan mengkambing hitamkan mereka. Iyalah bila jentera Warisan itu berstatus KDMR pasti kehadiran PATI menjadi modal politik mereka, supaya masyarakat KDMR tertarik pada parti Warisan.
Bila jentera itu bukan KDMR, slogan Sabah ini kita punya akan di laungkan. Menyebabkan PATI bersemangat dan berangan angan jika Warisan menjadi kerajaan mereka akan diberikan mykad. Sedangkan memberikan mykad pada PATI akan dihalang oleh setengah pemimpin pemimpin KDMR dalam Warisan. Ia juga membabitkan perlembagaan yang tidak boleh dilanggar sesuka hati.
Tapi jangan kamu walaupun PATI tidak boleh mengundi tapi mampu mempengaruhi satu dua orang di sekeliling mereka, khususnya yang ada hubungan keluarga.
Penjelasan yang saya maksudkan adalah seperti dibawah. Perlu diketahui artikel dibawah tidak hanya merujuk kenyataan dari media perdana Malaysia tapi juga kenyataan dari negara jiran yang terbabit.
Dinyatan dan diakui oleh kerajaan Filipina bahwa bilangan yang dihantar oleh kerajaan negeri pada tahun 2020 adalah yang terbesar sejak 2002 iaitu seramai 64,000 orang bukan 18 ribu orang seperti yang didakwa oleh Warisan di atas. Untuk lebih lanjut klik dan baca link dibawah.
64 ribu orang termasuk jumlah PATI yang dihantar oleh kerajaan GRS sedangkan kerajaan Warisan baru 24 ribu orang.
Kantoi lagi laskar Warisan ni tau. Alahai!






















Leave a Reply