Makcik Banjir Aka Alat Warisan Tidak Ada Adab Atau Sivik Hanya Memalukan Rakyat Sabah Dan Agong (Video)

Semakin memalukan perangai pengikut Warisan. Nampak sangat semakin terdesak dan menyedari Warisan semakin ditolak oleh rakyat Sabah. Sebab itulah mereka sanggup melakukan apa saja termasuk berlakon sebagai mangsa.

Sebelum ini seorang dari mereka meneriakkan pasukan JANS dan JKR semasa sambutan kemerdekaan Sabah.

Perbuatan itu telah dikecam oleh rakyat Sabah sebagai tidak ada didikan sivik dan harga diri apa lagi di upacara seperti itu. Perbuatan mereka dianggap memalukan rakyat Sabah secara umumnya sekaligus dipersoalkan tahap nasionalisme dan kewarganegaraan mereka. Iyalah tidak ada orang Sabah seteruk mereka.

Sebelum itu seorang budak perempuan yang menjadi pencacai Warisan syok pandai di tik tok. Mendakwa sudah 60 tahun tidak ada pembaikan jalan raya di Sabah hanya kononnya bila Agong membuat lawatan. Logik ke? 60 tahun jalan seperti di bulan, tolol. Macam orang yang baru terdampar di sempadan sebab itulah belum ada pengalaman hidup sebagai rakyat Sabah.

Untuk makluman sebelum Agong dijadualkan melawat Sabah. Kerja kerja membaiki jalan rosak telah pun dan sedang dijalankan oleh kerajaan GRS.

Kerajaan GRS Gigih Membaiki Jalan Seperti Di Bulan Yang Diwarisi Dari Kerajaan Warisan

Terbaru melalui makcik dipercayai totok Warisan mengadu secara terbuka pada Yang Dipertuan Agong. Berkenaan banjir yang berlaku di tempatnya, entah dimana. Macam dia saja yang ada kampung di Malaysia ini yang dilanda banjir, iyalah kenapa sampai melibatkan Agong. Special betul?

Memalukan rakyat Sabah dan sebenarnya Yang Dipertuan Agong.

Bukan ke ada wakil rakyat Warisan, mintalah mereka yang selesaikan. Ini tidak yang di undi calon Warisan walaupun tidak kompeten lepas itu menyalahkan kerajaan bila tidak terbela termasuklah membabitkan Agong. Ambil sikit gaji wakil wakil rakyat Warisan tu untuk menyelesaikan banjir, tengok mereka mampu ke tidak.

Jadi apalah tindakan Agong selepas ini? Pasti tidak ada sebab Agong selaku Ketua Negara amat maklum, mana ada kerajaan sengaja membiarkan rakyatnya susah kecuali kerajaan Warisan sebab ketika itu hanya sibuk mengatur kroni. Ertinya tujuan makcik Warisan berkenaan tidak ada lain, hanya untuk mencari populariti murahan sekaligus memburukkan kerajaan GRS. Sebab itulah yang memviralkan video itu adalah laskar Warisan itu sendiri.

Mereka ingat rakyat Sabah tidak pandai menilai kebenaran satu satu isu. Sepatutnya pemimpin-pemimpin dan pengikut Warisan berterima kasih pada kerajaan GRS, sebab hanya bila Sabah diperintah oleh GRS, Yang Dipertuan Agong melawat Sabah. Berbeza dengan kerajaan Warisan sudahlah tidak melakukan apa apa, malah meninggalkan beban dan tidak lawatan.

Lawatan Agong kali ini pun tidak melibatkan daerah Semporna walaupun terkenal sebagai pusat pelancongan. Apa maknanya tu?

No Wonder memang begitu Warisan berpolitik dengan cara berlakon sebagai mangsa, mengada ngadakan peristiwa dan menyebarkan kehebatan pemimpin mereka walaupun sebenarnya tidak dilakukan.

Tidak ke tindakan makcik Warisan itu seolah olah telah memalukan Agong? memandangkan banjir yang lebih besar dan dahsyat berlaku di Kuala Lumpur, Selangor serta Pahang dan Johor dll. Tapi tidak pernah pula saya mendengar orang Melayu mengadu walaupun ketika itu Agong datang melawat kawasan banjir.

Nampak sangat perbezaan antara adab Melayu tulen dan Melayu jadi jadian. Kalau Melayu tulen berpegang pada prinsip biar mati anak jangan mati adat/adab. Sedangkan Melayu plastik pro Warisan sebaliknya biar hilang adab dan malu yang penting Warisan lepas itu berbaris meminta bantuan kerajaan.

Menjadi pertanyaan, kenapa banjir yang berlaku di tempat makcik Warisan berkenaan tidak diselesaikan oleh kerajaan Warisan? untuk makluman masalah banjir di Sabah kalau tidak silap menjadi manifesto parti Warisan pada pilihan raya yang lalu lalu.

Sabah kita punya kalau menurut penyokong Warisan tapi hanya menjaga kebajikan mereka kerajaan Warisan gagal memikulnya. Sampah!

Moral dari permainan Warisan ini, kalau kita sudah bermusuh dalam politik jangan lagi teragak agak untuk membantu dan bertindak atau melawan. Sebab politik adalah politik apa lagi kepimpinan utama Warisan yang terkenal sangat licik.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading