
Kemerdekaan Sabah menjadi isu pada pihak pihak yang terdesak dan kian pupus dari ingatan rakyat Sabah, siapa lagi kalau bukan parti Warisan. Pada mereka 31 Ogos 1963 bersamaan 31 Ogos 2023 hari ini adalah tanggal Sabah berkerajaan sendiri bukannya kemerdekaan Sabah.
Si Affsafal berpendapat British mengistiharkan Sabah kerajaan sendiri pada 31 Ogos 1963.
Perkara kecil mahu diperbesarkan apa beza berkerajaan sendiri dan kemerdekaan?
Oleh itulah Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor dalam sidang media yang sama mengatakan 31 Ogos adalah Hari Sabah untuk memperingati Kemerdekaan Sabah.
Datuk Hajiji Noor menambah sepatutnya Sabah merdeka pada 31 Ogos 1963 barulah selepas itu Sabah dan Sarawak menyertai Malaysia.
So apa lagi yang tidak kena? Sebenarnya siapa yang khilaf ni. Laporan akhbar ke atau Si Assaffal itu sendiri. Hahaha!

Seingat saya Shafie selaku Ketua Menteri kerajaan Warisan juga menyambut hari kebangsaan atau kemerdekaan Sabah pada 31 Ogos 2019. Tapi kenapa si Assaffal tiba tiba berlagak bapa kemerdekaan Sabah ni? Hemmm!
Lebih 10,000 Hadir Meriahkan Sambutan Hari kebangsaan Peringkat Sabah 2019
Benar kata Ketua Bahagian PGRS Moyog Mandela Malakun. Parti Warisan adalah parti yang berfikiran sempit kerana mempersoalkan sambutan Hari Sabah buat pertama kali pada 31 Ogos ini.
Sebelum ini Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor mengistiharkan yang Hari Sabah akan disambut setiap 31 Ogos bagi mengingati kemerdekaan Sabah.
Tambah Mandela tujuan pihak Warisan mempertikaikan pengisytiharan 31 Ogos untuk menyemai perpecahan atau perbalahan dikalangan rakyat Sabah yang bertentangan dengan hasrat kerajaan negeri Sabah, GRS untuk menyemai persamaan dan keharmonian dikalangan rakyat Malaysia.
Memperingati Hari Sabah melangkaui perundangan dan sejarah ia adalah simbol kebanggaan perpaduan dan identiti rakyat Sabah. Ternyata agenda ini tidak menjadi keutamaan pada kepimpinan Warisan.
Tapi berbeza dengan Ahli Parlimen Lahad Datu yang mewakili Parti Warisan yang juga Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Yusof Apdal. Berpendapat 31 Ogos adalah tarikh kemerdekaan Sabah. Seiring dengan penjelasan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor di atas.

Adun Tungku, Assaffal juga menuntut supaya Sabah menuntut kemerdekaan. Persoalannya menuntut kemerdekaan daripada siapa?
Sedangkan semasa mereka menjadi kerajaan negeri Sabah tidak pernah kita mendengar ura ura Sabah menuntut kemerdekaan dari mana mana pihak.
Kalau menuntut kemerdekaan dari British sudah tentu hanya boleh dijalankan melalui kutipan memorandum dari rakyat Sabah. Bererti tidak memerlukan proses demokrasi atau pilihan raya, yang dijalankan oleh pihak Warisan itu sendiri. Tunggu apa lagi, buatlah!
Warisan tidak sudah sudah mempolitikkan sejarah Sabah. Ini saja yang mereka tahu dalam politik. Tapi bila berkuasa menuntut hal hal dalam perjanjian Malaysia 1963 pun takut.






















Leave a Reply