Betullah tu bukan hanya bukan jalan penyelesaian jangka panjang tapi untuk jangka pendek sekalipun. Kalau gotong royong seperti itulah pasti tidak membuahkan hasil.
Ia hanyalah gotong royong berupa gimik politik semata-mata.
Dimana gotong royong itu diadakan, di kawasan mana, betul ke kawasan berkenaan dipenuhi sampah sarap? Setahu saya semenjak kerajaan GRS susah kita nampak kawasan yang banyak sampah, kecuali di pusat pengumpulan sampah.
Gotong royong olok olok seperti itu bukan kali pertama dibuat oleh politik Warisan. Dulu lagi gila mana mana orang Semporna yang kantoi membuang sampah merata rata, maka mereka akan di denda dan dipakaikan “baju” tertulis monyet. Tapi sekejap saja walaupun isu longgokan sampah masih menghantui pelancong asing.
Jika dibandingkan tahap kebersihan Pekan Semporna diantara kerajaan Warisan dan GRS, amatlah berbeza. Hari ini Pekan Semporna cukup bersih yang menjadi isu baru baru ini adalah berkaitan tahap kebersihan di premis makanan tertentu.

SEMPORNA: Susulan kenyataan Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya (MOTAC) berkenaan isu kebersihan di Semporna, Parti Warisan (WARISAN) tampil mengadakan program gotong-royong bagi membersihkan kawasan di sekitar bandar di daerah ini.
Seramai kira-kira 200 ahli dan pemimpin WARISAN Semporna terlibat dalam program gotong-royong berkenaan yang dianjurkan Biro Ekonomi WARISAN Parlimen Semporna.
Pengerusinya, Soh Swee Tian berkata, program itu adalah saranan dan galakan daripada Presiden Parti WARISAN, Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal.
Walaubagaimanapun kebanyakan pihak merasakan ini bukanlah satu tindakan yang tepat bagi memastikan daerah Semporna sentiasa dalam keadaan terjaga dan bersih.
Gotong-royong ini bukanlah kali pertama dilakukan di Semporna namun tahap kebersihan di Semporna kelihatan tidak berubah dan semakin teruk. Oleh itu antara aspek yang perlu ditekankan adalah kepada penduduk itu sendiri.
Wakil rakyat merupakan orang perlu memainkan peranan yang penting bagi mengubah mentaliti penduduk di kawasannya. Ini kerana seorang wakil rakyat itu merupakan orang kepercayaan yang dipilih oleh penduduk di sesebuah kawasan.
Oleh itu peranan Shafie Apdal selaku Ahli Parlimen Semporna dalam memastikan kebersihan di kawasan beliau amat penting. Selain gotong-royong beliau harus mencari bagaimana caranya untuk mengubah mentaliti penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan di Semporna.
Antara usaha untuk menjaga kebersihan kawasan sebenarnya bermula dari rumah. Institusi keluarga haruslah memainkan peranan dalam ikhtiar menjaga kebersihan.Ibu bapa perlu menjadi suri teladan yang baik untuk mengutamakan kebersihan rumah supaya dapat diikuti oleh anak-anak. Bak kata peribahasa “Melentur buluh biarlah daripada rebungnya. Hal ini harus diterapkan dan terpulang pada Shafie Apdal bagaimana caranya untuk memberikan kesedaran ini kepada ibu-bapa.
Sebagai seorang Wakil Shafie Apdal hendaklah sentiasa peka pada permasalahan kawasannya. Tidak semestinya menjadi kerajaan baru beliau melakukan sesuatu untuk parlimen beliau? Beliau boleh sahaja menyuarakan di dewan undangan inisiatif atau langkah yang diambil untuk kebersihan kawasan dan boleh saja beliau meminta peruntukan untuk melaksanakan inisiatif itu kepada kerajaan. Tapi tidak ada satu pun tindakan atau inisiatif beliau terhadap kebersihan di Semporna sejak berpuluh tahun menjadi ahli Parlimen.
Malang bagi Semporna memiliki wakil rakyat seperti beliau. Berpuluh tahun memegang jawatan besar dalam kerajaan sehingga pernah menjadi Ketua Menteri Sabah tapi beliau gagal menjadikan Semporna sebuah daerah yang bersih.
Bukanr disebabkan inisiatif beliau yang gagal tapi beliau langsung tidak mempunyai inisiatif untuk mengekang permasalahan kebersihan di Semporna.
Ramai netizen yang menyuarakan pendapat terhadap hal ini. Ini kerana masalah kebersihan di Semporna bukan sahaja memberi gambaran yang tidak baik pada warga Semporna tetapi seluruh rakyat Sabah.
Sumber Suara Anak Sabah (S. A. S)





















