Mantan Menteri Besar Pahang Adnan Yaakob pernah berdebat dengan saya di grup elite yang dipanggil Visi Negara.
Dalam grup ini ramai orang orang hebat, dari gelaran Tan Sri, Dr hingga mereka berjawatan tinggi dalam Universiti, kerajaan dan swasta. Mantan Menteri, jangan ceritalah. Menantu Muhyiddin pun ada.
Adnan Yakub ni dipanggil Abang Long oleh ahli grup.
Satu hari saya berdebat dengan beliau. Sudah tentulah beliau mempertahankan UMNO. Saya dipanggil budak hingusan yang tidak tahu apa apa. Lalu saya minta penjelasan beliau, kalau saya tidak lupa.
Debat debat punya debat, akhirnya beliau mempelawa saya untuk kupi kupi di Kuala Lumpur.
Sebelum itu seorang Tan Sri mengajak saya berjumpa di pejabatnya di Kuala Lumpur untuk berbincang serius soal politik. Mula mula beliau sendiri yang mempelawa tidak lama selepas itu dia punya PA menghubungi saya. Tapi saya tidak pergi.
Hari ini Abang Long semasa mengiringi Muhyiddin Yassin keluar dari Mahkamah mengakui UMNO sudah bungkus.






















Leave a Reply