Si Aziz Syok Jujur Dan Anggap Kakitangan Awam Sebaliknya Hakikatnya Warisan Yang Buruk Berjilat Pula Dengan UMNO Yang Mereka Dakwa Pencuri

Aziz Jamman oiii tidak usahlah kumpau sangat, rakyat Sabah tahu juga siapa yang disiasat oleh SPRM akibat tamakkan projek KKLW hingga kaya raya.

Dan hari ini siapa yang berjilat dengan UMNO yang selama ini mereka hina dan dakwa sebagai kepimpinan pencuri menyebabkan negeri Sabah yang kaya raya menjadi negeri termiskin.

Ada bukti bha siapa yang dipakaikan baju oren. Untung saja kerajaan BN bertukar menyebabkan proses perbicaraan dihentikan. Tapi hari ini ada hati pula kalau bercakap seolah olah rakyat Sabah tidak tahu apa yang telah berlaku atau cetek ilmu seperti kebanyakan macai Warisan.

Kenapa si Aziz libatkan kakitangan awam dalam soal ketirisan, seolah-olah selama ini kakitangan awam bersekongkol dengan perasuah dan penyelewengan. Walhal yang selayaknya di curigai ialah kepimpinan Warisan? Ini berasaskan skandal yang berlaku era KKLW dan semasa kerajaan Warisan tapi dinafikan tanpa fakta dan bukti yang boleh diperakui.

Tidak perlu si Aziz mengajak kakitangan untuk bersikap jujur sebab hakikatnya lebih ramai kakitangan awam yang jujur dan amanah berbanding pemimpin-pemimpin dan kuncu Warisan.

Bukan ke semasa kerajaan Warisan ada pegawai yang dilantik dari parti Warisan disiasat oleh SPRM dan didakwa di Mahkamah? Banyak tauke tauke Cina yang membina projek era kerajaan Warisan hari ini pening kepala sebab harga dibagi tidak masuk akal dan melanggar prosedur menyebabkan kerajaan negeri GRS tidak berani untuk melepasaknya. Kerana itu tunggu saja kamu orang disiasat dan di dakwa di Mahkamah, berlagak jujur dan amanah kononnya.

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading