
Suka saya menambah sebagai penjelasan, Perkara 112C berkaitan 40% kekal seperti dalam perjanjian Malaysia 1963 dan belum direalisasikan spenuhnya. Namun kerajaan negeri akan terus menuntutnya dan menjadi keutamaan GRS.
Sedangkan bantuan khas yang diterima oleh kerajaan negeri Sabah RM125.6 juta setahun bermula 2022. Menggunakan 112D pindaan ini yang dipolemikkan oleh Warisan atau Si Aziz Jamman.
Perlu diketahui sebelum ini termasuk kerajaan Warisan Sabah hanya mendapat RM26.7 juta setahun menggunakan pindaan sama 112D.
PETALING JAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri Armizan Ali menyangkal seorang pemimpin Warisan berhubung dakwaan bahawa warta kerajaan tentang kadar semakan kali pertama pemberian khas persekutuan kepada Sabah โtidak didedahkanโ selama lebih 50 tahun.
Menteri hal ehwal Sabah dan Sarawak itu berkata warta tersebut dibentangkan di Dewan Rakyat pada 8 Dis 1971, sebagai Kertas Statut 216 Tahun 1971.
โPerkara ini boleh disemak dalam rekod Parlimen dan aturan urusan mesyuarat pada 8 Dis 1971 yang menyenaraikan perintah undang-undang tersebut sebagai salah satu risalat yang dibawa ke dalam mesyuarat pada hari berkenaan,โ katanya kepada FMT.
Armizan mengulas kenyataan Ketua Penerangan Warisan Azis Jamman yang pada Mac tahun lepas bertanyakan kenapa warta itu โtidak didedahkanโ sejak 1970.
Azis berkata dia hanya tahu tentang warta itu ketika beliau menjadi Ahli Parlimen Sepanggar, selepas membaca salinan surat daripada menteri kewangan ketika itu, Tengku Zafrul Aziz, kepada Speaker Dewan Rakyat, Azhar Harun.
Surat itu menjawab usul Azis yang ditolak. Azis mengusulkan Tengku Zafrul dikenakan tindakan kerana mengelirukan Dewan Rakyat tentang formula perkongsian cukai 40%, yang termaktub dalam Perkara 112C Perlembagaan.
Azis berkata Tengku Zafrul menulis dalam surat itu bahawa beliau tidak mengelirukan Dewan Rakyat kerana terdapat warta kerajaan berkenaan suatu pindaan, yang menggunakan Perkara 112D sebagai asas bagi bayaran geran khas tahunan kepada Sabah.
Armizan mempersoalkan motif Azis membuat kenyataan tidak tepat yang mengelirukan tersebut. Dalam pada itu, beliau juga menjawab kenyataan tidak betul bahawa Parlimen tidak bersidang pada masa berkenaan.
โMaklumat berkaitan fakta ini boleh disemak melalui pelbagai sumber terbuka yang boleh diakses oleh awam,โ katanya.
Katanya, Azis selaku bekas timbalan menteri dan Ahli Parlimen seharusnya lebih cermat dan bertanggungjawab apabila membuat kenyataan, apatah lagi melibatkan institusi negara khususnya Yang di-Pertuan Agong dan Parlimen.
โSama ada Aziz sebenarnya keliru atau sengaja mengelirukan di antara tarikh pewartaan dan tarikh dibentangkan di Parlimen,โ katanya.





















