Nazlan Yang Menjatuhkan Hukuman Penjara 12 Tahun Ke Atas Najib Dibebaskan Dari Tuduhan Rasuah dan Konflik Kepentingan

Hakim Mohd Nazlan Ghazali yang disiasat oleh SPRM atas tuduhan rasuah dan konflik kepentingan semasa menghakimi skandal SRC melibatkan Najib Razak dibebaskan dari semua tuduhan di atas oleh SPRM.

Begitu keterangan Perdana Menteri Anwar Ibrahim dalam perbahasan di Dewan Negara semalam.

Nazlan, adalah hakim yang menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Najib pada 2020 berhubung skandal SRC iaitu anak syarikat 1MDB.

Ertinya hukuman yang dijatuhkan ke atas bekas Perdana Menteri Najib Razak adalah benar berlandaskan undang undang dan tidak ada pihak yang menganiaya Najib. Sebaliknya hukuman yang dijatuhkan berasaskan kesalahan Najib setelah menyeleweng berbilion wang rakyat.

Ada konflik kepentingan politik di sini pertama Azalina Osman pernah mendakwa yang hakim Nazlan kehilangan kredibiliti semasa menjatuhkan hukuman ke atas Najib Razak akibat skandal atau konflik yang saya sebutkan di atas.

Alih alih, hari ini Perdana Menteri Malaysia Anwar Ibrahim menyatakan yang sebaliknya.

Dalam keadaan ini Perdana Menteri Anwar menyebelahi rakyat sebaliknya Azalina menyebelahi parti UMNO semata-mata. Sekarang apa cerita?

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading