Apa pun Bentuk Sokongan Bung Ke atas Ketua Menteri Sabah Tidak Lagi Relevan

Memang benar pun sokongan Bung Mokhtar atau UMNO Sabah ke atas Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor tidak lagi relevan. Walaupun sokongan itu sekadar menyatakan setelah gagal merampas kuasa dari kerajaan GRS bersama Warisan, Shafie Apdal.

Bahayanya bila sikit hari lagi akan kantoi di Mahkamah kerana rasuah. Akan seseorang itu sanggup melakukan apa saja, asalkan nanti cara itu dapat menyelamatkan diri mereka.

Sebelum ini UMNO menegaskan bahwa Warisan adalah musuh utama mereka di Sabah. Tahu tahu belum sampai sepenggal sudah berkompromi sebagai pengkhianat.

Zaman ini rakyat yang ada kedudukan dan pendidikan tidak akan percaya pada pihak yang kantoi rasuah dan di anggap pengkhianat. Never!


KOTA KINABALU: Pendirian Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin sama ada mahu menyokong atau tidak pentadbiran Ketua Menteri Hajiji Noor sudah tidak relevan lagi, kata seorang pemimpin Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Armizan Ali yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata ini kerana Hajiji tetap akan kekal sebagai ketua menteri Sabah.

โ€œSaya fikir sokong atau tidak, itu hak Bung. Pada masa ini, beliau sokong atau tidak juga sudah tidak relevan.

โ€œHajiji tetap akan kekal sebagai ketua menteri Sabah tanpa sokongan Bung. Hajiji mempunyai sokongan majoriti Adun Sabah,โ€ katanya kepada FMT.

Pada 11 April lalu, Umno Sabah mengambil pendirian bertentangan dengan Barisan Nasional (BN) pusat untuk tidak menyokong kerajaan negeri GRS pimpinan Hajiji.

Bung berkata, sehingga kini tiada sebarang resolusi ke arah pembentukan kerajaan perpaduan Sabah yang dicapai dalam perbincangan antara Umno-BN yang diwakili bekas timbalan ketua Umno Sabah, Yakub Khan.

Pada 8 Mac, Presiden Umno Zahid Hamidi menasihatkan ahlinya di Sabah โ€œtidak mengguris hatiโ€ rakan dalam kerajaan perpaduan negeri itu demi kestabilan politik.

Dalam pada itu, Armizan berkata GRS mengalu-alukan sokongan semua pihak terhadap gabungan itu.

Beliau berkata buat masa ini Hajiji yang memimpin kerajaan GRS bersama Pakatan Harapan (PH) harus fokus untuk melipat gandakan usaha memberikan sepenuh komitmen untuk melaksanakan hala tuju Sabah.

โ€œDaripada โ€˜pusingโ€™ tentang pendirian Bung, lebih baik fokus langkah membawa kesejahteraan kepada rakyat dan negeri Sabah.

โ€œSemua yang berlaku ada hikmahnya. Mungkin ada hikmahnya pihak-pihak tertentu berada di luar kapal, apatah lagi setelah mereka sendiri memilih untuk cuba menenggelamkan kapal,โ€ katanya. โ€“ FMT

Leave a Reply

Powered by WordPress.com.

Up ↑

Discover more from JALINLUIN.COM

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading