Kamu tahu di sebalik keputusan Presiden Warisan Shafie Apdal tidak bertanding di pilihan raya negeri Selangor, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Kelantan, Kedah dan Terengganu akan datang?
Kenapa tiba tiba tidak bertanding, sedangkan Shafie bercita cita besar ingin menjadi Perdana Menteri Malaysia. Sebab itulah pada Pilihan Raya Umum Ke 15 lepas, Warisan bertanding sehingga 52 kerusi Parlimen di Semenanjung walaupun hanya mendapat telur.
Tapi tiba tiba berhasrat tidak bertanding atas alasan memberi tumpuan memperkukuh Warisan di Sabah. Kah takut menanggung malu yang lebih besar sebelum berhadapan dengan pilihan raya negeri Sabah?
Alasan memperkukuh Warisan adalah alasan skema, kerna parti yang bertapak di Semenanjung juga memperkukuhkan parti tapi tetap ikut bertanding.
Inilah bukti jelas yang Warisan semakin hari semakin dilupakan oleh rakyat Sabah oleh kerana itu mereka terpaksa mencari jalan bagi menutup kelemahan dan pembohongan yang mereka buat selama ini. Bukan hanya membohong dari konteks Sabah Ubah atau menuntut perjanjian Malaysia. Tetapi parti Warisan yang dicanang parti tempatan ternyata satu pembohongan bila mana turut bertanding di Semenanjung. Oleh itulah kelemahan dan pembohongan mereka harus ditutup segera sebelum berhadapan dengan pelajar negeri Sabah.
Kalau begitu kita kena bersedia sebab cara Shafie memulihkan parti Warisan, tidak mengenal halal haram. Walaupun mereka yang agak berpendidikan tidak lagi mempercayai agenda yang dilemparkan oleh Shafie dan jentera Warisan.
Walaupun kerajaan Warisan gagal menuntut elemen dalam perjanjian Malaysia 1963 (MA63) tapi percayalah mereka tetap akan menjadikan MA63 sebagai modal mereka, tanpa sikit pun merasa bersalah dan malu pada rakyat Sabah.
Hari ini pun pemimpin dan jentera Warisan tidak henti henti menyebarkan kenyataan yang bertentangan dengan apa yang diperjuangkan oleh kerajaan GRS.
Memang tidak pandai malu dan tidak ada rasa bersalah pun. Pada tahun 2012 Anwar Ibrahim ada menawarkan royalti minyak 20% pada negeri Sabah. Tetapi Shafie selaku pemimpin UMNO Sabah waktu itu menolak cadangan Anwar berkenaan atas alasan demi kemakmuran negara. Hari ini Shafie atau Warisan berlagak seolah olah pernah di penjara puluhan tahun kerana memperjuangkan 20 perkara yang termaktub dalam MA63.
Bukan sekali Shafie secara peribadi menolak cadangan baik berhubung MA63. Shafie juga ada membuat kenyataan yang menolak keberadaan perjanjian Malaysia dan merayu pada rakyat Sabah agar tidak keliru dengan 20 perkara.
Presiden Warisan Minta Rakyat Sabah Tidak Terkeliru Dengan 20 Perkara
Banyaklah nanti cengkadak mereka apa lagi ketika berhadapan dengan orang kampung yang buta huruf, disitulah keluar temberang dan air mata simpati, sambil melontarkan janji yang tidak akan ditunaikan. Shafie sedar menunaikan janji pada orang orangnya yang naif hanya membuat mereka lupa diri dan besar kepala. So lebih baik dibiarkan naif supaya kekal menjadi penyokong tegar Warisan.
Bangsa pula akan bertukar mengikut daerah. Kalau berada di majoritinya berbangsa Bajau dan Suluk, automatik pemimpin nombor satu Warisan ini menjadi Bajau Suluk, begitu bila berada di kawasan Dusun atau Murut maka automatik bertukar menjadi bangsa Tidung yang mendakwa bangsa Tidung juga adalah Murut.
Kalau dikelilingi etnik Bajau Laut akan mengaku sebagai Bajau Laut dan berbangga. Tapi di belakang Bajau Laut, mereka di tertawakan di keji dan dibiarkan bergelumang kenaifan mereka dan paling menang di anggap antara etnik berundur ke belakang.
Walaupun pada hakikatnya bangsanya bukan dari empat bangsa atau etnik yang disangka oleh masyarakat di atas.
Sudah pun begitu masih lagi ada yang menyokong Warisan. Bikin kesian entah dimana kedudukan otak mereka.