Si Aziz Jamman bekas ahli Parlimen Sepanggar yang juga bekas Timbalan Menteri KDN ternyata buta kayu, dia tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku selepas keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan laporan siasatan ke atas pesawat Nomad Double Six di dedahkan kepada umum.
Justeru itu si Aziz menjual nama kerajaan perpaduan apa bila kononnya bersetuju dengan keputusan kerajaan perpaduan untuk mendedahkan laporan berkenaan.
Bila masa kerajaan perpaduan atau Perdana Menteri Anwar Ibrahim membenarkan siasatan di dedahkan sedangkan ia masih dalam proses kehakiman.
Tiba tiba si Aziz Jamman mempolitikkan pesawat Nomad Double Six, sejak bila? seolah olah ia perlu dibela. Persoalannya sejak bila kepimpinan Warisan terlibat hingga mengheretnya ke Mahkamah?
Sedangkan Darell Leiking pada 2014 ada membuat kenyataan yang memaklumkan tidak ada unsur penganiayaan ke atas pesawat berkenaan.
Tidak namanya pemimpin dan macai Warisan berpolitik kalau tidak memanipulasi usaha orang lain. Di bawah ini cerita sebenar yang telah berlaku.

Jabatan Peguam Negara memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memerintahkan laporan siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap nahas pesawat Nomad Double Six pada 6 Jun 1976 dibuka dan didedahkan kepada umum. Pendedahan itu harus dibuat dalam tempoh tiga bulan iaitu pada 08 Jun 2023.
Keputusan dibuat oleh Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Christopher Chin pada 08 Mac .
Jabatan Peguam Negara bertindak ke atas tiga perayu iaitu Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia. Fail rayuan telah dikemukan pada 10 Mac 2023.
Sebelum ini Tan Sri Harris Salleh telah diberi kebenaran iaitu pada Ogos 2010 untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi menyahklasifikasi laporan siasatan pihak berkuasa Malaysia terhadap nahas pesawat Nomad Double Six pada 1976 dan menamakan Ketua Setiausaha Negara Malaysia, Menteri Pengangkutan dan Kerajaan Malaysia set sebagai respondan.
Nahas 6 Jun 1976 yang melibatkan pesawat Nomad 9M-ATZ buatan Australia di Kota Kinabalu, mengorbankan 11 orang iaitu Ketua Menteri Sabah Tun Fuad Stephens ketika itu, Datuk Peter Mojuntin (Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan), Chong Thain Vun (Menteri Komunikasi dan Kerja Raya);Darius Binion (Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri), Wahid Peter Andu (Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan), Syed Hussein Wafa (Pengarah Unit Perancang Ekonomi);Johari (anak Tun Fuad), Kapten Gandhi Nathan (juruterbang), Koperal Said Mohammad (pengawal peribadi Tun Fuad) dan Ishak Atan (pembantu eksekutif Tengku Razaleigh Hamzah).
Paling penting selepas ini jangan pula ada di kalangan pemimpin dan penyokong Parti Warisan yang mengambil kedudukan Tan Sri Harris Salleh dan digantikan dengan Presiden Warisan, Shafie Apdal. Hahaha!. Kerana sikit pun kepimpinan Warisan tidak terlibat.
Ramai yang berpendapat tujuan Harris Salleh memfailkan prosiding adalah agar siasatan dihidangkan kepada umum dan untuk membersihkan namanya kerana ketika nahas itu terjadi dia berjawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah kepada Tun Fuad Stephen. Dan pelantikannya sebagai Ketua Menteri Sabah dibuat di sebelah petang iaitu hanya beberapa jam selepas pesawat terhempas.
Apa lagi sepatutnya Tengku Razaleigh Hamzah berada dalam pesawat yang terhempas berkenaan. Tapi beberapa jam sebelum berlepas dia di ajak ke Kudat oleh Harris Salleh menaiki pesawat lain, bagi merasmikan projek ladang lembu di Pulau Bangi, Kudat.
Sabah ketika itu berhadapan dengan krisis politik yang tidak menentu iaitu dalam proses yang ada hubungannya dengan perjanjian Malaysia 1963.
Apa agaknya isi kandungan kertas siasatan itu sampaikan Peguam Negara terpaksa memfailkan rayuan supaya keputusan Mahkamah Tinggi dibatalkan atau laporan siasatan tidak didedahkan kepada umum.
Macam bikin takut pula kan tapi malangnya ada pula di kalangan ahli keluarga mangsa yang tidak mahu laporan siasatan didedahkan kepada umum. Dalam erti kata lain menyokong tindakan Peguam Negara.
Tinggalkan Jawapan