Bekas Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini dihadapkan ke mahkamah atas satu lagi pertuduhan membabitkan tabung Parti Bersatu yang didakwa menyimpan sehingga 232 juta ringgit.
Apalah politik macam ini boleh pula didakwa presiden parti kerana partinya menerima suntikan dana dari pihak tertentu.
Apa lagi Di Malaysia tidak ada undang-undang yang melarang parti politik menerima dana.
Mana juga ada parti politik di Malaysia ni yang boleh mencari dana sendiri tanpa sumbangan dari pihak luar. Termasuklah parti UMNO dan parti parti yang ada dalam komponen Pakatan Harapan. Tidak ada yang terkecuali, kecuali parti nyamuk.
Pendakwaan ini berbeza dengan pendakwaan yang dihadapi oleh Najib Razak, Zahid Hamidi dan beberapa lagi pemimpin UMNO dari Sabah, Bung Mokhtar Radin. Di mana mereka dihadapkan ke mahkamah kerana menyeleweng wang rakyat untuk kepentingan diri mereka.
Jadi rasuah apa yang telah dilakukan oleh bekas Perdana Menteri Muhyiddin Yassin itu?
Saya ni kiranya penyokong kerajaan Perpaduan, tapi kalau ada yang saya tidak faham dan tampak kurang jelas mengikut pemahaman. Apa lagi UMNO sebahagian dari kerajaan perpaduan yang semua orang tahu cukup licik memainkan isu, walaupun pemimpin UMNO sendiri telah di penjara kerana menyeleweng wang rakyat tapi masih mampu mengeji orang lain sebagai Perasuah. Maka saya akan menulisnya seperti ini.