
Dakwaan terbaru, ada orang Malaysia terlibat dalam tuntutan kesultanan Sulu ke atas Sabah.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Azalina Othman dalam kenyataannya. Ada orang Malaysia terlibat menuntut Sabah dari kerajaan Malaysia. Ini berdasarkan tuntutan tanpa henti mereka dari luar negara.
Mereka menggunakan surat yang dibuat dan ditandatangani bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas pada 2019 yang membuat pengakuan negara berhutang pada waris Kesultanan Sulu sebagai bukti tuntutan di mahkamah timbang tara di Eropah.
Justeru itu dia akan menyiasatnya.
Hebat pemimpin-pemimpin UMNO ni asal bercakap soal Sabah pasti ada isu hangat yang menggambarkan keberadaan Sabah tidak lagi selamat. Sebelum ini dikatakan Sabah tidak selamat akibat apa bila perairan Sabah diceroboh tapi kalau menurut mantan wakil rakyat Warisan, Adun Segama. Gugatan yang dikaitkan dengan pencerobohan di Lahad Datu sebenarnya sekadar sandiwara atau propaganda UMNO yang ketika itu berada di ambang pilihan raya umum ke 13. Entahlah apa agaknya poin Adun Segama itu.
Gugatan terbaru ini lebih canggih tidak lagi menggunakan senjata tapi menggunakan undang undang di peringkat antarabangsa.
Siapa agaknya pihak atau individu yang dimaksudkan oleh Azalina Othman itu ya? jangan jangan dari kumpulan tangan bersilang sebab mereka pernah satu perahu, kerajaan Pakatan Harapan.
Kita tunggu saja pendedahan selanjutnya dari pemimpin UMNO berkenaan, walaupun sebelum ini lantang menafikan kedudukan Peguam Negara kerana dikhuatiri sengaja mengenakan UMNO atau Najib. Tapi menurut berita terbaru Peguam Negara itu disambung tempoh perkhidmatannya dan sikit pun Azalina tidak melenting. Hahaha!