Saifuddin Nafi Ada Surat RoS, Zahid Sekali lagi Kantoi Berbohong?

Nampaknya dalam beberapa saat lagi pembohongan Presiden UMNO Zahid Hamidi akan terbongkar iaitu selepas terbukti surat RoS itu tidak wujud.

Sebelum ini Zahid Hamidi mendakwa pihaknya telah mendapat kelulusan daripada RoS dimana jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak dipertandingkan.

Namun Naib Presiden UMNO Malaysia Ismail Sabri mempersoalkan kebenaran dakwaan berkenaan justeru menuntut Zahid Hamidi agar menunjukkan surat daripada RoS.

Desakan Ismail Sabri itu mendapat kritikan balas daripada Zahid atau penyokongnya. Bahawa Ismail Sabri telah melanggar disiplin parti. Tapi Ismail Sabri menafikannya kalau dia telah melanggar disiplin parti.

Sebentar tadi menteri yang bertanggungjawab iaitu Menteri Dalam Negeri Saifuddin Nasution mengesahkan dia belum melihat surat Jabatan Pendaftaran pertubuhan RoS berhubung kelulusan mereka terhadap usul tambahan perhimpunan Agung Umno untuk tidak mempertandingkan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden UMNO.

Seperti yang saya nyatakan sebelum ini tidak mungkin Ismail Sabri berani mendesak presidennya, apa lagi secara terbuka. Jika tidak menerima maklumat sahih dari RoS.

Parti UMNO sudah menjadi milik total pemimpin-pemimpin Melayu UMNO. Pastinya ahli UMNO di Semenanjung telah terhina dengan perkembangan ini. Bagaimana pula dengan ahli UMNO daripada Sabah, walaupun sering dilecehkan sebagai Melayu plastik, apa mereka tidak turut merasa telah ditipu hidup hidup?

Di Sabah nama ada unsur unsur Mat Salleh tapi dia punya UMNO begitu pekat. Entah apa apa jak, sesuai dipanggil Melayu kelas kambing.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: