
Menurut Perdana Menteri Anwar Ibrahim dia tidak pernah mengarahkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, SPRM untuk membekukan akaun Bersatu.
Sebaliknya pembekuan akaun dilakukan selepas SPRM membuat siasatan di bawah Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram.
Nah kalau begitu akaun Parti Warisan juga wajib disiasat. Maklumlah dari mana mereka mendapat wang yang begitu banyak bagi menampung perbelanjaan calon calon mereka yang bertanding dalam pilihan raya negeri 2020 dan pilihan raya umum 2022, walaupun hanya berjaya memenangi 3 kerusi Parlimen.
Sejujurnya saya pernah diberitakan oleh seorang remaja atau pelajar sekolah. Dimana mereka semasa pilihanraya 2022 baru-baru ini, telah diarahkan berkumpul atau dikumpulkan di satu tempat dan disana mereka disarankan tanpa segan silu agar mengundi calon daripada Parti Warisan, dalam masa yang sama mereka diberikan sedikit wang sebagai “sagu hati”. Saya percaya pelajar yang menerima wang itu tidak menganggapnya sebagai sagu hati biasa tapi berupa wang untuk membeli undi mereka.
Saya dah kata Warisan ni sanggup melakukan apa saja demi kuasa walaupun akan merosakkan struktur masyarakat. Lihat kejadian terbaru tidak malu memperkenalkan golongan remaja dengan politik wang. Astaga, kalau iya pun jangan lah sampai keterlaluan hingga merosakkan pemahaman golongan muda tentang politik.
Sebab itulah Warisan benar benar tidak boleh diberikan sokongan, bahaya sangat bahaya. Tidak apa jugalah kalau nanti golongan yang dirosakkan itu menolak legasi kepimpinan Warisan sampai bila lenyap. Ngam juga!
Saya tertarik untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. Saya tanya adakah cikgu sekolah tahu aktiviti kempen berlaku di dalam Sekolah, mereka cakap tahu malah cikgu yang menyarankan agar mengundi calon dari Parti Warisan.
Saya juga difahamkan dua kali petugas Warisan membayar vote slip, di sebelah pagi dan malam sebelum pembuangan undi.
Banyak betul duit Warisan dari mana mereka dapat wang sebanyak itu, mentang-mentanglah bekas kerajaan negeri Sabah.
Padan setelah kerajaan negeri Warisan tumbang ramai tauke tauke Cina yang naik gila, mencari mantan Menteri Warisan yang telah menerima wang pendahuluan tapi projek tidak dapat atau tidak berjalan atau hanya separuh jalan.
Saya tahu, banyak projek tepi jalan era Warisan yang “siap” tetapi tidak mendapat kelulusan dari kerajaan negeri untuk di biaya kerana kosnya yang tidak masuk akal. Banyak tanah tanah kerajaan negeri yang ditolak tapi tidak ada projek yang dijalankan dan tanah tanah yang ditolak hanya menyebabkan banjir besar yang menyusahkan orang kampung.