Game Still On Yang Mana Bung Mokhtar Oiii?

Bilang pemimpin UMNO Sabah si Bung Mokhtar ketika ditanya dalam sidang media yang mengumumkan UMNO Sabah keluar dari kerajaan GRS atau Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor.

Di tanya adakah keputusan UMNO meninggalkan GRS berakhir begitu saja. Bung Mokhtar menjawab Game Still On.

Ertinya kerja menggugat kerajaan GRS akan sentiasa berjalan sehinggalah dia berjaya menjadi Ketua Menteri Sabah melalui jalan pintas. Dalam erti kata lain UMNO balik berkuasa di Sabah.

Jalan pintas bermaksud sama ada orang Sabah suka atau tidak, itu bukan isu yang penting jawatan Ketua Menteri Sabah milik UMNO dengan demikian akan lebih mudah mereka mencuri harta rakyat Sabah.

Cuba kamu tanya si Ghazali Ansing orang yang menjadi kepercayaan si Bung Mokhtar. Macam mana mereka mencuri hak rakyat walaupun waktu itu si Bung Mokhtar sekadar berjawatan Timbalan Ketua Menteri Sabah? untuk makluman sehingga hari ini si Ghazali masih dalam siasatan SPRM.

Muka tak pandai malu dan mudah lupa diri, macam bukan perangai real Sabahan mangkuk ni. Ini kerana tidak ada orang Sabah yang terlalu berperangai jelek macam Bung Mokhtar ni. Dahsyat benar! Mungkin terlalu kuat makan hak rakyat kot, tengok saja orang dewasa yang menyokong Bung Mokhtar semuanya muka miskin pujian dan tidak hidup kalau bukan projek yang mereka sakau.

Rakyat Sabah tau bha, yang menumbangkan kerajaan Warisan ialah kepimpinan Datuk Hajiji. Waktu itu Bung Mokhtar tidak terlibat langsung walaupun waktu itu UMNO adalah pembangkang. Tapi bila kepimpinan Datuk Hajiji Noor berjaya menewaskan Warisan, UMNO timbul menuntut lebih kerusi ADUN dalam pilihan raya negeri Sabah 2020 dan menuntut jawatan Ketua Menteri Sabah tapi ditentang akhirnya hanya layak menyandang sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah, itupun masih tidak bersyukur.

Macam anjing yang tersepit tidak pandai bersyukur. Tidak BERSYUKUR walaupun hampir merempat sebagai pembangkang dan berpeluang balik mencuri balik untuk membangun balik UMNO yang tumbang pada pilihan raya umum ke 14 dan ke 15.

Bung Mokhtar dan isterinya dihadapkan ke Mahkamah kerana skandal FELCRA yang melibatkan wang rakyat. Baru baru ini Mahkamah telah mendapati dia bersalah namun berdasarkan undang undang mereka masih berpeluang untuk membela diri, ertinya game still on.

Tapi kan rasanya suami isteri berkenaan sangkut juga tu ini kerana semasa SPRM membuat siasatan, Pegawai SPRM telah pun merakam perbualan mereka dimana dalam perbualan atau siasatan, isteri Bung Mokhtar telah membuat pengakuan yang dia menerima wang rasuah berkenaan.

Lama sebelum ini telah tersebar gambar Bung Mokhtar main game Jackpot.

Pertanyaannya, yang mana dimaksudkan game Still On ni, adakah usaha mencuri jawatan ketua Menteri Sabah atau kah perbicaraan di Mahkamah yang still on atau kah game judi yang still on? Hahaha!

Malangnya orang Sabah ada pemimpin kaki judi yang bermodalkan wang rakyat yang dicuri.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: