KM Hajiji Menghadap Tun Juhar di Istana Seri Kinabalu

KOTA KINABALU : Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor tiba di pintu masuk utama Istana Seri Kinabalu kira-kira jam 4.20 petang tadi bagi menghadap Yang di-Pertua Negeri Tun Juhar Mahiruddin.

Hajiji yang tiba menaiki kenderaan rasmi terus memasuki Istana Seri Kinabalu.

Difahamkan pertemuan hampir sejam itu adalah untuk mempersembahkan senarai nama ahli Jemaah Menteri Kabinet yang baharu susulan rombakan Kabinet seperti yang diumumkan beliau sebelum ini.

Sebaik selesai mengadakan pertemuan bersama Tun Juhar, kenderaan rasmi yang membawa Hajiji dilihat keluar dari pintu Istana Seri Kinabalu kira-kira jam 5.12 petang tadi.

Beliau turut melambai tangan kepada pengamal media yang membuat liputan sejak awal pagi tadi. – SABAH MEDIA

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: