DUN Sabah Buat Sidang Khas Lulus, RUU Bekalan Gas – Hajiji (GRS)

Ini barulah “Sabah Ubah” bila sanggup berkorban apa saja asalkan hak hak rakyat Sabah dapat dikembalikan. Walaupun sebelum itu pelbagai cemuhan yang dilemparkan.

Bukan macam Warisan, retorik saja yang lebih. Hanya untuk memaklumkan aspirasi rakyat Sabah pada Perdana Menteri Mahathir waktu itu pun tergetar getar. Tidak seperti GRS jangan menuntut yang hak mengubah haluan politik sanggup dilakukan asalkan kehendak rakyat Sabah dapat ditunaikan. Buktinya seperti penyerahan kuasa berhubung bekalan minyak dan gas. Alhamdulillah!


KOTA KINABALU: Keputusan kerajaan persekutuan memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas kepada Sabah adalah langkah ke hadapan ke arah merealisasikan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63), kata Ketua Menteri, Hajiji Noor.


Ketika mengalu-alukan keputusan yang diumumkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim hari ini, Hajiji berkata, ini sentiasa menjadi aspirasi negeri itu dan rakyatnya.


Katanya, beliau membangkitkan keperluan memenuhi MA63 semasa pertemuan pertamanya dengan Anwar selepas dilantik sebagai perdana menteri ke-10 pada 24 Nov lalu.


“Kerajaan negeri teguh dalam usaha mengawal dan menguruskan sumber minyak dan gas negeri,” katanya dalam kenyataan.


Menurutnya, selepas keputusan itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah, Dewan Undangan Negeri (DUN) akan mengadakan sidang khas untuk meluluskan dan mewartakan Rang Undang-undang Negeri Sabah bagi bekalan gas.


Katanya, Suruhanjaya Tenaga Sabah akan mengambil alih semua kuasa kawal selia untuk bekalan gas di darat (penggasan semula, penghantaran, pengedaran, penggunaan gas oleh pemegang lesen swasta dan runcit) di negeri ini berkuatkuasa serta-merta.


Terdahulu, Anwar mengumumkan kerajaan pusat bersetuju memindahkan kuasa kawal selia bekalan gas di Sabah kepada kerajaan negeri dan perkara itu dipersetujui sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan persekutuan untuk menghormati MA63.

Sumber Sabah Baru News

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: