Kerajaan Minoriti yang Disokong Rakyat Minoriti

ROMPIN: Kerajaan minoriti yang ditubuhkan ketika ini hanya mendapat sokongan rakyat minoriti negara ini dan didominasi oleh DAP dan bukan-Islam, demikian kata Presiden PAS, Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, lebih 80 peratus kaum Melayu serta Bumiputera Sabah dan Sarawak telah memilih Perikatan Nasional serta Parti Gabungan Sarawak dan Parti Rakyat Sabah mencukupkan majoriti memilih kerajaan yang sah.

“(Majoriti ini) Dominasinya ialah orang Islam Bumiputera. Tiba-tiba tubuh kerajaan minoriti. Suruh kita sokong kerajaan minoriti,” bidasnya dalam ceramah di SRITI Darul Ummah Mentara, Pianggu, di sini malam tadi.

Jelas beliau, kerajaan minoriti itu hanya terdiri daripada PKR, DAP dan PAN serta kononnya daripada Umno di mana di pihak Umno sendiri wujud kekecohan dan protes yang menandakan wujud perkara tidak sihat berlaku.

Bahkan beliau yang juga Ahli Parlimen Marang menyatakan bahawa kerajaan minoriti ini disokong oleh perompak, lanun, gengster, kongsi gelap, pemberi dan penerima rasuah yang disebut mereka dalam kempen PRU15 lalu.

“Dalam ucapan bukan main. Menentang rasuah, menentang perompak, menentang lanun. Bila tubuh kerajaan, panggil yang jenis-jenis ini untuk cukupkan jumlah. Macam mana nak suruh kami terima?

“Kami ada maruah. Kita orang Islam kena ikut hukum agama kita. Perintah Allah mengatasi perintah segala pemerintah yang ada dalam dunia ini. Ini mesti faham.

“Ada orang kata betullah dia punya tema ‘Kita Boleh!’. (Rupanya) Semua boleh, yang halal pun boleh, yang haram pun boleh, yang menipu pun boleh, semua boleh.

“(Jadi) Macam mana kita nak ikut kerajaan minoriti? Yang ada macam ni dalam kerajaan itu. (Sedangkan) kita majoriti. (Caranya) Kita sabar, kita masih hormat adab-adab demokrasi,” jelas beliau menegaskan pendirian PAS.

Dalam sidang media selepas ceramah itu, beliau turut menegaskan bahawa kerajaan minoriti boleh ditubuhkan mengikut konsep demokrasi, tetapi mesti dipilih dari parti terbesar dan bukannya dari parti kecil.

Malah beliau tidak menolak untuk rombakan perlu dibuat dengan mengikuti semula proses demokrasi yang betul, malangnya ketika ini demokrasi itu tidak dihormati di mana sepatutnya parti majoriti dipilih bagi mengembalikan kerajaan.

Tambahnya, PAS telah memerintah Kelantan, Terengganu dan Kedah serta terbaharu Perlis dengan berharap Kerajaan Pusat menghormati konsep federalisme walaupun ketua kerajaan kini dipersoalkan syarat kelayakannya.

“Cukup syarat ke tidak, tak tahulah. Tengok dalam kitab, cukup tak syarat? Bekas dihukum oleh mahkamah kerana kesalahan-kesalahannya. Dia minta pengampunan. Kalau tak salah kenapa minta pengampunan?

“Ini boleh jadi ketua negara? Kemudian dalam ucapan-ucapan pula nak tentang rasuah, nak tentang salah guna kuasa. Nak tentang itu ini, tentang perompak harta negara. Tiba-tiba bersekongkol dengan mereka yang macam itu dalam kerajaan nak cukupkan jumlah.

“Ini satu penipuan terhadap rakyat. Rakyat mesti balas penipuan ini. Jangan biarkan satu kemungkaran yang besar. Kita mesti lawan,” ujarnya menyeru penduduk DUN Tioman memberikan ‘pengajaran’ itu.

Beliau berharap pengundi memilih Perikatan Nasional termasuk di Parlimen P.017 Padang Serai agar menolak parti yang menyatakan ‘Kita Boleh!’ itu di mana bermaksud semua perkara boleh dilanggar semudahnya. – HARAKAHDAILY 29/11/2022

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: