Ternyata PRU 15 Ini Adalah Soal Perikatan Nasional Dan Pakatan Harapan

Dihujung-hujung kempen sudah ni, tinggal dua hari lagi kita akan mengundi. Ternyata pilihanraya umum kali ini adalah soal Perikatan Nasional melawan Pakatan Harapan, gabungan lain seperti BN berehat dulu, selesaikan dulu kes Mahkamah tu, tak kan pula tangan yang masih bergelumang dengan najis kejahatan tapi tetap di peluk di cium.

Dua gabungan yang berlawan ini sedang rancak dibincangkan oleh masyarakat dan menimbulkan persoalan pada diri mereka, siapa yang bakal membentuk kerajaan sekaligus menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Berdasarkan penemuan golongan akademik atau ilmuwan baik di dalam negara mahupun diluar negara. Mereka mendapati hanya dari dua pihak ini yang layak diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia dalam pada itu pilihan utama mereka adalah calon dari Perikatan Nasional.

Dimana Presiden Bersatu merangkap Perikatan Nasional, Muhyiddin Yassin mendapat sehingga 115 sokongan manakala Pakatan Harapan atau Anwar hanya mendapat 70 sokongan.

Ertinya kalau ada parti lain yang cuba diangkat sebagai Perdana Menteri, itu bererti mereka bukan orang-orang yang cerdik atau kurang cerdik. Jelas kerana ia adalah pilihan yang salah, tidak melihat kesan kejahatan yang telah dilakukan oleh kluster Mahkamah seperti merugikan rakyat dan negara. Dan sehingga hari ini rakyat masih membayar hutang 1MDB tahu, tidak? Pokoknya mereka yang memihak golongan ini bukan hanya tidak cerdik tapi juga tamak dan terlalu mementingkan diri, mungkin sebab itulah mereka semakin hari semakin tidak cerdik.

Kalau di Sabah Perikatan Nasional juga dipanggil Gabungan Rakyat Sabah atau GRS kalau di Semenanjung dipanggil PN.

Jadi undilah Perikatan Nasional (PN) atau GRS jika ingin melihat undian anda tidak sia-sia dan tangan anda yang berharga itu berjaya membentuk sebuah kerajaan stabil dan bersih, baik di peringkat Persekutuan mahupun diperingkat negeri.

Jika kerajaan Perikatan Nasional berjaya direalisasikan maka percayalah orang luar akan balik menghormati Malaysia. Bila orang luar hormat itu bererti pelabur akan melabur di Malaysia bila pelabur beroperasi maka sudah tentu akan memberi peluang pekerjaan dan peluang ekonomi kepada rakyat.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: