Kes samun atau rompakan ini sudah jelas dan nyata tetapi admin yakin yang menyebabkan mereka melakukan kejahatan ini adalah kerana ketagihan dadah syabu. Dimana bila bekalan dadah habis maka mereka pun mencari akal untuk menyamun.
Makanya sebagai rakyat kamu harus mempunyai azam untuk sama-sama membanteras aktiviti pengedaran dadah syabu di kawasan anda. Paling lemah yang kamu boleh lakukan ialah sentiasa berdoa semoga yang terlibat dengan pengedaran dadah syabu, baik diri mahupun ahli keluarga terbabit semoga dihinakan oleh Allah sebelum mereka mati.








SEMPORNA; 27 OGOS 2022 (Sabtu) – Dua lelaki tempatan ditahan selepas dipercayai terlibat dengan jenayah samun berkumpulan di kampung Menteritip Pegagau, ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Semporna, Supritendan Mohd Farhan Lee berkata, mangsa seorang lelaki didatangi oleh kedua-dua suspek berkenaan yang menyamar sebagai anggota polis dengan menunjukkan sepasang gari kepada mangsa.
Katanya, mangsa yang merupakan pekerja sebuah syarikat solar elektrik diarahkan keluar dari kediamannya dan dalam masa sama suspek bertindak menggeledah rumah lalu mengambil barang milik mangsa termasuk wang tunai bernilai rm2,500.00 dan lima buah telefon bimbit.
Pihak Polis dari Bahagian Siasatan Jenayah (IPD) Semporna menahan suspek di kediaman mereka di Batu-2 Jalan Semporna pada rabu lalu kira-kira pukul 12.30-tengahri.
Menurut beliau, Polis berjaya menemui sebuah kenderaan yang digunakan suspek ketika melakukan rompakan selain turut merampas gari, sebuah motorsikal, telefon bimbit dan kunci kereta daripada suspek.
Turut dijumpai di dalam kenderaan suspek sebilah pisau.
Kes disiasat di bawah seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana melakukan rompakan berkumpulan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum sehingga 20-tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.
Kedua-dua suspek Positif Dadah jenis Amphetamine dan Methamphetamine selepas ujian air kencing dijalankan.
Copy Paste.
Tinggalkan Jawapan