
PUTRAJAYA – Peguam Hisyam Teh Poh Teik selaku peguam utama memohon kepada Mahkamah Persekutuan di sini pada Khamis untuk menarik diri daripada mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam prosiding rayuan di saat-saat akhir.
Hisyam berkata demikian di hadapan Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat yang mengetuai lima panel hakim ketika prosiding rayuan akhir untuk mengetepikan sabitan, hukuman dan denda terhadap bekas Perdana Menteri itu bagi kes penyelewengan dana Syarikat SRC International Sdn Bhd.
Turut bersidang ialah empat panel hakim iaitu Hakim Besar Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Abang Iskandar Abang Hashim serta tiga Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Nallini Pathmanathan, Datuk Mary Lim Thiam Suan dan Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah.
Hisyam berkata, jika beliau tidak dapat menangguhkan pendengaran prosiding itu, beliau berharap untuk menarik diri daripada mengendalikan rayuan tersebut dan meninggalkan Najib.
Bagaimanapun Tengku Maimun berkata, mahkamah tiada alasan untuk menyemak keputusan sebelum yang menolak permohonan untuk menangguhkan prosiding itu.






















Leave a Reply