Najib Sokong Saya Sebagai Perdana Menteri Malaysia- Anwar

Susulan pendedahan Tajuddin berkenaan SD yang ditandatangani oleh Ahli Parlimen UMNO bagi membolehkan Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri Malaysia menggantikan Muhyidin Yassin.

Anwar pula tampil membuat pengakuan sekaligus mengesahkan dakwaan Tajuddin yang Najib dan Zahid menyokongnya sebagai Perdana Menteri adalah benar.

Sebenarnya sebelum pendedahan Tajuddin itu pun, konspirasi ini telah tersebar bersama satu dokumen SD yang ditandatangani oleh Najib dan Zahid tapi dinafikan, sehingga Zahid mengangkat sumpah mubahalah bagi kononnya membuktikan UMNO tidak akan bekerjasama dengan Anwar dan DAP.

Tapi itulah perancangan Tuhan lebih benar dan tepat banding permainan politik kotor UMNO.


PETALING JAYA: Anwar Ibrahim berkata Najib Razak ada memberi surat akuan bersumpah (SD) untuk menyokong beliau menjadi perdana menteri namun dengan syarat kes mahkamah mensabitkan bekas perdana menteri itu “tidak diteruskan”.

Anwar Ibrahim berkata Najib Razak antara 15 pemimpin Umno yang membuat SD menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Ketua pembangkang itu berkata, beliau bagaimanapun enggan menuruti kehendak Najib itu dan membayangkan ia sebagai punca dia gagal mendapat sokongan mencukupi untuk di perkenan menjadi perdana menteri menggantikan Dr Mahathir Mohamad.

Anwar mengesahkan pendedahan dibuat bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tajuddin Abdul Rahman baru-baru ini bahawa beliau saksi Umno menghantar SD menyokong beliau sebagai perdana menteri kepada Agong.

“Apa berlaku selepas itu adalah selepas ditandatangani saya diminta untuk memberi kepastian bahawa urusan mahkamah terutama melibatkan Najib itu tidak akan diteruskan dan saya harus guna kuasa saya selaku perdana menteri untuk memastikan ini tidak diteruskan.

“Saya tidak bersedia untuk melakukan itu. Oleh kerana keputusan tegas saya itulah maka Najib mengusulkan calon lain di saat akhir dan menafikan saya,” katanya dalam satu majlis di Port Dickson.

Anwar turut mendedahkan Najib dan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi antara 15 pemimpin Umno yang membuat SD menyokong beliau sebagai perdana menteri.

Katanya, walaupun jumlah sokongan ahli Parlimen ketika itu cukup 120 dan membolehkan beliau menjadi perdana menteri, namun Pakatan Harapan menetapkan untuk menolak SD daripada Najib dan Zahid.

“PH pada ketika itu menyatakan walaupun jumlah sehingga 120, prinsip kita tak menerima SD daripada Najib dan Zahid tapi dia ada hak untuk tandatangan menyokong sesiapa.

“Jadi kita masih ada 118. Jadi walaupun jumlah cukup dan laluan untuk saya menjadi PM sudah cukup kuat, saya tidak bersedia untuk kompromi soal kebebasan badan kehakiman.”

Tajuddin dalam satu sidang media Isnin lalu mendakwa beliau saksi Umno menghantar SD menyokong Anwar sebagai perdana menteri, dalam satu pendedahan selepas digugurkan daripada MKT baru-baru ini.

Ahli Parlimen Pasir Salak itu berkata SD yang diuar-uarkan itu memang wujud meskipun pemimpin Umno melaungkan “No DAP, No Anwar”.

Susulan pendedahan itu, Anwar bagaimanapun menjelaskan, gabungan PH yang dipimpinnya kekal dengan prinsip tidak akan bekerjasama dengan Najib.

“Ada yang kata kita bersedia bersekongkol dengan kleptokrat, itu tidak benar. PH – DAP, Amanah PKR – tegas tidak akan bekerjasama dengan Najib. Itu jelas pendirian kita,” katanya.

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

%d bloggers like this: