
Ada benarnya pun cuba kamu nilai mereka yang mungkin ada di sekeliling anda, apa lagi kalau anda bermastautin di kubu parti lain atau pembangkang.
Ketara tu perbezaan antara pemimpin dan kroni UMNO dan masyarakat yang ada di sekeliling mereka, nampak sangat macam langit dan bumi, walhal berlaku di kubu pembangkang, seperti contoh.
Apa maksudnya ini, maksudnya niat sebenar pemimpin UMO bukan untuk membela rakyat tapi lebih kepada keuntungan diri dan kroni semata mata. Kalau ada pertolongan tu adatlah yang tidak akan dapat mengubah keadaan. (Ini benar benar berlaku di kawasan yang dikuasai pembangkang total, inilah juga yang dimaksudkan mengambil kesempatan dan sikit pun tidak membantu GRS-BN)
Dan sokongan yang tidak berbelah bahagi jelas hanya ditujukan pada Najib dan Zahid yang terpalit dengan tuduhan salah gunakuasa dan di Mahkamah. Apa maksudnya tu?
Maksudnya memang mereka sengaja menyokong kluster Mahmakah supaya nanti bila berurusan akan dipermudahkan dan rasanya mereka ada perasaan persetankan usaha mempertahankan GRS atau biarkan saja Warisan dengan kedudukan mereka.
DIA mengaku, dah bayar dah. Hadir ke persidangan Pemuda, Wanita dan Puteri, ‘bayar’. PRN Melaka dan Johor, bayar dah. “Saya tahu.” Kata dia kepada perwakilan Umno, ketika PAU baru-baru ini?
Ahli-ahli Umno di bawah dapat apa? Masih terus menyokong parti yang ‘bayar’ sana, bayar sini, ahli dengar sahaja? Atau ahli Umno pun dapat? Banyak mana? Untunglah!
Cerita bayar ini bukan cerita saya. Cerita ini terakam dalam video yang tersebar sekarang. Siap ada muzik latar, lagi Ali Baba Dengan 40 Penyamun.
Begini akhirnya Umno. Sebut pasar perjuangan, bangsa dan agama, rupa-rupanya “amalan rasuah” masih segar dalam parti mereka.
Calon-calon Umno yang menang dalam PRN Melaka dan Johor ‘kenyang’ agaknya mendapat ‘bayaran’ dari mereka yang mampu membayar.
Pengundi dan penyokong BN/Umno pun barangkali sudah senang lenang sekarang, apabila BN/Umno menang 2/3 di Melaka dan Johor.
Rezeki buat mereka. Pilihan raya adalah hari raya bagi Umno. Masing-masing dapat, itu sebab mereka senyap.
Ini bukan saya kata, saya dengar dan tonton video yang tersebar. Dari mulut dia. Bukan mulut ketua cawangan. Ini bukan fitnah. Ini kisah benar. Kecualilah dia “muhong”.
Timbalan dia, pun ada sebut, di tempat dia ada sampul putih. Sampul itu pastinya berisi duit. Tak tahulah kalau ada sampul yang diedarkan berisi belacan.
Tak apalah. Kalau itu cara perjuangan ahli Umno kini, kita yang bukan ahli Umno tengok sahaja. Tak boleh tegur kalau orang dapat duit ni.
Nanti, jadi perbalahan pula. Maklumlah, duit adalah segala-galanya bagi mereka. Mereka berjuang memang untuk dapat duit.
Itu sebab, banyak kes kita dengar, akaun Umno kena beku. Sebab apa kena beku, saya tidak perlu tulis di sini.
Kalau nak kaya, masuk Umno. Duit mudah. Projek mudah. Slogan mereka, ‘hidup rakyat”. Mereka hidupkan ahli dan penyokong mereka dengan sampul dan duit.
Yang minta keluarkan duit KWSP mungkin bukan ahli Umno. Ahli Umno dah ada banyak duit. Sana-sini mereka dapat. Mereka dibayar setiap pergerakan mereka.
Yang nak bertanding dalam Umno, makin tinggi jawatan yang mereka inginkan, makin mahal bayaran yang mereka sediakan.
Mereka semua banyak duit. Khabarnya banyak jutawan (selain Arab) yang sedia menderma mereka.
Kalau ada orang Umno kata mereka tidak dapat apa-apa, kena tengok dulu orang yang cakap itu.
Adakah mereka benar-benar ikhlas atau mereka pura-pura aje. Maklumlah, manusia hipokrit dan munafik ini wujud.
Ada yang dah dibayar, masih mengatakan mereka tidak dapat apa-apa. Ada pula dah dapat duit, mereka jadi bisu.
Ada yang baru melompat dari parti lain, masuk Umno, khabarnya sekarang sarapan sehari dua kali, makan tengahari, dua kali sehari, minum petang dua kali sehari dan makan malam, dua kali sehari.
Sebab apa jadi macam itu, katanya, terlalu mewah dan tidak biasa dapat sebanyak itu. Beberapa orang yang meninggalkan parti lama, masuk Umno di PRN Johor baru-baru ini, saya diberitahu, mandi pagi pun dua kali sehari.
Umno parti pilihan mereka. Yang beria-ia bercakap soal perjuangan, kita dengar boleh, percaya jangan.
Tengok kereta apa mereka pakai. Tengok jam apa mereka guna. Ada berapa biji kereta di rumahnya. Isteri mereka guna beg tangan cap apa?
Nak sokong lagi? Silakan!
Daud Ibrahim
Sumber Sabah Baru News
Tinggalkan Jawapan