Terpulang Pada Zahid Bersumpah Laknat Saya Tidak Membohong – Muhyiddin


Terserah Zahid Hamidi kalau nak bersumpah laknat, dalam erti kata lain, kalau benar Zahid tidak bertemu dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin, Perdana Menteri pada waktu itu. Yang bertujuan supaya tuduhan rasuahnya di Mahkamah di tarik maka seeloknya Zahid mempertahankan diri dengan mengangkat sumpah laknat.

Sifirnya begini yang mendakwa sudah tentu mendakwa dirinya dipihak yang benar, justeru untuk apa lagi bersumpah. Tapi pihak yang di dakwa yang sepatutnya mengambil peranan mempertahankan dirinya dengan bersumpah.

Seperti contoh siapa yang patut bersumpah yang mencuri kah atau mangsa/tuan rumah?

Zahid Hamidi apa macam? inilah masanya kau menyahut cabaran ini. Tak kan asyik kantoi berbohong macam laskar maling UMNO. Alahai!


Muhyiddin Yassin hari ini berkata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi berhak untuk melakukan sumpah laknat berhubung dakwaan membawa fail untuk meminta beliau campur tangan dalam kes mahkamah dihadapinya ketika baru beberapa hari menduduki jawatan perdana menteri.

Pada sidang media hari ini, Muhyiddin berkata beliau tidak akan bersumpah mengenai dakwaan tersebut kerana beliau tidak berbohong mengenai dakwaan tersebut.

“Itu hak dialah , untuk sumpah atau tidak, bagi saya cakap yang benar kepada rakyat, jangan bohong.

“Tapi itu terserah dialah. Saya tak bersumpah, saya tidak berbohong. Kata yang betul walaupun pahit. Apa yang saya sebut itu adalah hak,” katanya selepas mesyuarat Majlis Pemulihan Negara (MPN) di Kuala Lumpur hari ini.

Muhyiddin memberikan respons hari ini berhubung kenyataan Zahid yang mahu bersumpah laknat berhubung dakwaan meminta pertolongan Muhyiddin bagi dilepaskan tuduhan mahkamah beberapa hari selepas beliau menjadi perdana menteri pada 2020.

Dalam sebuah hantaran Facebook, Zahid berkata beliau sedia melafazkan sumpah laknat bagi menafikan dakwaan itu, malah mencabar Muhyiddin yang juga presiden Bersatu untuk melakukan perkara sama.

“Saya tidak pernah pergi berjumpa dengan Muhyiddin ketika beliau menjadi perdana menteri untuk meminta tolong dilepaskan dari tuduhan mahkamah.

“Apatah lagi dengan membawa timbunan fail seperti yang didakwa dan minta untuk dilepaskan,” katanya.

Pertemuan Zahid dan Muhyiddin itu yang pertama kali didedahkan MalaysiaNow pada 2021 yang menjelaskan perincian bagaimana permintaan Zahid tidak dihiraukan oleh ahli Parlimen Pagoh itu.

Ketika pertemuan itu, Muhyiddin turut menjelaskan kepada jika ahli Parlimen Bagan Datuk itu sekiranya beliau tidak bersalah, beliau perlu melalui proses perbicaraan di mahkamah.

“Fail itu rupanya fail kes dia, kes mahkamah dia. Dia bawa pada saya dan kata Tan Sri (Muhyiddin) ini fail saya. Saya tanya dia buat apa bawa dan dia kata Tan Sri tolonglah, saya tidak buat apa-apa (kesalahan),” kata Muhyiddin.

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: