Tahap Rasuah Pemimpin Melayu Islam dan Pegawai Kerajaan Bangsa Melayu Islam – Cikgu Azmi

Tidak hairanlah kenapa orang Sabah mengejek pemimpin dan macai UMNO sebagai harap songkok saja tinggi tapi perangai macam tahi. Rupanya benar, sudahlah begitu bodoh sombong dan tidak reti diuntung lagi, sanggup menggigit tangan yang melepaskan, ibarat anjing yang tersepit.

Orang tahu juga bagaimana mungkin boleh sebagai seorang wakil rakyat kalau dia miskin berbanding rakyat yang ditadbirnya.

Tapi sikit sikit sudahlah jangan sampai ke pengetahuan masyarakat antarabangsa. Macam 1MDB dan Yayasan Akal Budi, apa kurangnya.

Rasuah terbesar UMNO bermula dari jawatan paling tinggi dalam parti iaitu Presiden merangkap Perdana Menteri Malaysia, Najib Razak disusuli Zahid Hamidi yang menggantikan Najib dari jawatan Presiden UMNO juga terpalit.

Keduanya diheret ke Mahkamah kerana melampau dalam aktiviti rasuah mereka. Najib Razak telah didapati bersalah oleh Mahkamah dan dikenakan hukuman 12 tahun penjara dalam skandal SRC. Zahid pula diperintahkan oleh hakim agar membela diri berhubung rasuahnya dalam Yayasan Akal Budi yang sepatutnya digunakan untuk membantu orang Melayu miskin tetapi disalah diguna untuk menkayakan diri dan kaum keluarga Zahid.

Begitulah UMNO di dalam mendidik bangsa Melayu Islam. Justeru itu jangan hairan kalau aktiviti rasuah menular di semua peringkat baik peringkat kerajaan mahupun dalam masyarakat itu sendiri.

Teruskan membaca catatan Cikgu Azmi dibawah. Betapa rosaknya Melayu Islam sejak diperintah oleh parti yang suka mengaitkan diri mereka dengan bangsa Melayu dan Islam. Namun realitinya sehingga hari ini kemiskinan orang Melayu Islam terus menjadi modal UMNO ketika berhadapan dengan musuh mereka.

Kesimpulannya kan kalau kejahatan seperti skandal 1MDB dan Yayasan Akal Budi mereka boleh nafikan seolah olah rakyat ini bodoh dan buta huruf. Apa lagi kesalahan yang tidak melibatkan wang rakyat tetapi merugikan rakyat. Apa ketika itu mereka mendengar kritikan dan kekecewaan anda? tidak adanya, paling ada laskar UMNO pura melike kekecohan kamu orang tapi perancangan mereka tetap dijalankan.


Dalam satu kajian yang dilakukan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), mereka mendapati sector yang kuat rasuah dapat disenaraikansebagai berikut:

Pegawai polis ( 57%),
Pemungut Hasil ( 48%),
Ahli Majlis Tempatan (48%),
Pejawat Awam (45%),
Penggubal Undang-Undang (41%),
Hakim (33%), dan
Pemimpin agama (31%)

Satu fakta lagi yang sangat mengejutkan ialah mengenai tanah rizab Melayu yang sebenar tidak boleh dijual kepada bukan Melayu. Apa sudah jadi dengan integrity pegawai yang mengurus tanah Rizab Melayu?

Fakat-fakta berikut diperturunkan agar kita insaf tentang betapa rosaknya mentality para pentadbir dan juga pihak yang berwajib tentang perkara ini:

  1. Rizab Melayu berjumlah 3 juta hektar pada tahun 1957 kini berkurangan kepada 1.7 juta hektar pada 1995.
  2. Terdapat 22,000 ekar tanah kerajaan digadai kepada gergasi KLK (KL Kepong) di Lekir, Manjung, Perak.
  3. Terdapat 200 ekar tapak kilang simen Perak Hanjoong. Kesemuanya tanah rizab Melayu di Padang Rengas.
  4. Ada 9 ribu hektar tanah rizab Melayu di Selangor ditukar status kepada bukan rizab Melayu. Hanya 1/3 sahaja iaitu 3 ribu hektar sahaja yang diganti.
  5. Pada tahun 1990, seramai di 80 orang penduduk di Pantai Chenang, Langkawi di atas tanah rizab Melayu dihalau keluar untuk membina Pelangi Beach Resort.
  6. Pada tahun 1990, sebanyak 930 hektar tanah rizab Melayu Kampung Mambau, Negeri Sembilan diambilalih untuk projek Seremban 2. Sebelumnya terdapat 600 orang yang tinggal di situ.
  7. Terdapat 26,000 hektar tanah rizab Melayu di Tanjung Langsat, Tanjung Piai, Johor diambil untuk membina New Township.
  8. Terdapat 300 ekar tanah rizab Melayu di Pulau Redang, Terengganu diserah kepada Vincent Tan untuk project pelancongan.
  9. Pada tahun 1993, 1,000 ekar tanah rizab Melayu di Kerpan, Kedah (tapak sawah) diambil untuk projek kola mudang.
  10. Di Kampung Chu Badak, Sentul, Kuala Lumpur sebanyak 273 ekar tanah kampung Malayu tradisi diambilalih dan kira-kira 160 keluarga dihalau keluar.
  11. Terdapat 217 hektar tanah Keretapi Tanah Melayu di Singapura diserahkan kepada Singapura.
  12. Menghalau 290 keluarga di Kampung Plentong Tengah, Pasir Gudang, Johor. Mereka sudah tinggal di situ hampir 30 tahun.

Hal ini sangat membimbangkan mengenai survival bangsa Melayu di tanah air sendiri. Ketika orang Melayu mengawal segala-galanya dari Raja, Tentera, Polis, Pegawai Kerajaan dan lain-lain kenapakah hal sedemikian terjadi. Bangsa Melayu mesti bermuhasabah diri sebelum negara ini menjadi milik orang lain.

Ya Allah selamatkan negara kami ini dari memilik pemimpin-pemimpin yang rakus dengan menghimpun harta kekayaan dan mengabaikan rakyat terbanyak. Aamiin!!!…

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: