
Memang pun bilamana meninggalkan pihak yang tidak ada tanggungjawab hingga KANTOI mencuri wang rakyat. Sudah tentu meninggalkan mereka adalah hal yang amat dituntut oleh agama, apa lagi agama Islam.
60 tahun UMNO memerintah Malaysia tapi kemiskinan Melayu dan India masih menjadi agenda yang mesti diperjuangkan oleh bangsa mereka itu sendiri. Gila kah apa UMNO ni?
Jangan cerita pasal salah guna kuasa, ini sudah tentu. Presiden UMNO yang terang terang kantoi mencuri pun di pertahankan separuh mati. Macam pula orang yang mempertahankan itu tidak ada agama, mungkin saja beragama Islam. Bikin hairan oh!
Lihat saja skandal 1MDB dan skandal tenaga solar di negeri Sarawak yang melibatkan isteri bekas Perdana Menteri Najib Razak.
Rosmah yang berstatus isteri kepada pemimpin UMNO boleh menentukan kontraktor mana yang akan menerima projek kerajaan.
Apa beza dengan pemimpin pemimpin UMNO yang lain seperti Isa Samad, Shahir Samad, Zahid Hamidi dan lain-lain. Juga dihadapkan ke Mahkamah kerana salah guna kuasa.
Apa perbuatan mereka tidak salah di sisi Tuhan dan malah wajar dipersalahkan? agama apa yang akan membalas anda dengan dosa andai meninggalkan kejahatan?
Kamu tengok komen para laskar UMNO berhubung perkara ini ada yang melontarkan komen yang tidak masuk akal kononnya Adun atau Ahli Parlimen berkenaan menunggang agama.
Pertanyaannya dari segi mana pula menunggang agama sedangkan yang dilakukan ialah meninggalkan kemungkaran atau enggan bekerjasama dengan UMNO yang kantoi mencuri wang rakyat.
Sebelum ini ahli parlimen Hulu Terengganu Datuk Rosol Wahid percaya bahawa keputusan yang meninggalkan UMNO pada tahun 2018 mendapat ganjaran pahala.
Dalam erti kata lain anda akan mendapat ganjaran pahala sekiranya tidak bersekongkol dengan kejahatan. Senyum saja mendapat pahala apa lagi meninggalkan kejahatan.
“Apabila meninggalkan benda yang melibatkan dosa maka tentunya menjadi ibadah dan pahala kepada saya tetapi urusan pahala bukan kerja kita, sebaliknya ditentukan Allah.
“Namun, saya harap apa yang dibuat ini adalah ibadah,” katanya dalam sidang akhbar selepas Program Jualan Keluarga Malaysia (PJKM) di Batu Hampar, Manir di sini hari ini.
Tinggalkan Jawapan