Otak Shafee Abdullah sudah tumpul atau hujahnya sudah di hidu oleh hakim Malaysia sebagai pembohongan. Memaksa Najib menggunakan khidmat peguam diraja dari luar negara.
Main import segala ya, dulu bukan main mengata
Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya hingga mengguna khidmat peguam dari luar negara. Lebih kurang begitulah.
Ternyata Shafee Abdullah yang dibayar berjuta gagal membela, menyebabkan Najib dijatuhkan hukuman penjara 12 tahun.
Najib diberi tempoh sehingga 20 Mei untuk mengemukan permohonan bagi membolehkan Najib menggunakan peguam diraja itu dari luar negara.
Kalau permohonan ini juga ditolak bererti impian Najib akan berakhir di penjara.
Tapi kan kalau kita baca komen laskar kluster mahkamah bukan main lagi tersangatlah cerdik sampai para hakim yang mengadili Najib seolah bodoh, tidak berpendidikan dan tidak ada agama. Begitu juga dengan Shafee Abdullah seolah olah sangat tolol.
Patut Najib menggunakan khidmat laskar itu siapa tahu akan mendapat kemenangan, kosnya pun tersangat murah.
Begitu susah skandal SRC ni ya, bukan kah kalau seseorang itu berada di pihak yang benar maka urusannya akan dipermudahkanNya. Di makan sumpah kah ni?

Najib diberi tempoh sehingga 20 Mei buat permohonan diwakili Peguam Diraja UK
Permohonan agar Peguam Diraja (QC) dari United Kingdom (UK) mewakili Datuk Seri Najib Razak dalam dalam rayuan kes rasuah dana SRC International Sdn Bhd diberikan tempoh sehingga 20 Mei ini.
Najib perlu mengemukakan permohonan itu selewat-lewatnya sebelum tarikh tersebut, menurut arahan yang diberikan Mahkamah Persekutuan, menurut laporan Malaysiakini.
Terdahulu, bekas Perdana Menteri itu dilaporkan mendapatkan kepakaran QC kerana isu kerumitan dan persoalan undang-undang dalam kes rayuan itu.
Timbalan Pendakwa Raya (TPR), Mohd Ashrof Adrin Kamarul, yang mewakili pihak pendakwaan, mengesahkan keputusan pengurusan kes di Mahkamah Persekutuan hari ini.
“Bagi rayuan utama (permohonan Najib membatalkan keputusan SRC), pengurusan kes seterusnya adalah pada 25 Feb 2022 jam 3 petang, dengan arahan kepada perayu (Najib) untuk memfailkan permohonan mereka untuk memasukkan QC selewat-lewatnya 20 Mei 2022 .
“Perbicaraan untuk memasukkan (QC) secara tentatif ditetapkan pada tarikh antara 20 hingga 24 Jun. Tarikh pendengaran sebenar akan disahkan pada pengurusan kes seterusnya,” kata beliau.
Peguambela Syahirah Hanapiah mewakili Najib dalam pengurusan kes hari ini.
Selain Ashrof, pihak pendakwaan turut diwakili oleh DPP V Sithambaram.
Pada 7 Dis tahun lepas, Mahkamah Rayuan menolak permohonan Najib untuk mengemukakan bukti baru bagi rayuannya dalam kes SRC.
Sehari selepas itu (8 Dis), Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib untuk membatalkan sabitan serta hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta dalam kes berkenaan.
Sebelum ini SRC yang merupakan anak syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB), merupakan syarikat milik penuh Kementerian Kewangan Diperbadankan.
Agenda Daily
Tinggalkan Jawapan