Shafie dan Aziz Jamman Tidak Faham Fungsi Parlimen Malaysia

Warisan sedang cuba menarik perhatian dari rakyat Sabah dengan membangkitkan perjanjian Malaysia. Jadi jangan kamu ambil kisah dan jangan layan sangat.

Ini bukan kali pertama Warisan cuba melacurkan perjanjian Malaysia.

Pada pilihanraya umum yang lalu Warisan telah cuba melakukannya. Namun propaganda berkaitan perjanjian ini tinggal propaganda hilang begitu saja tanpa sikit pun meninggalkan kesan.

Apabila Warisan berjaya membentuk Kerajaan dengan sokongan yang diberikan oleh UPKO dan beberapa lagi wakil rakyat daripada BN. Namun satu habuk pun daripada berpuluh propaganda yang dimainkan berkaitan perjanjian Malaysia 1963 tidak terlaksana.

Saya cabar kamu besi buruk Warisan agar menyenaraikan satu dari berjuta retorik yang dilemparkan oleh Warisan pada pilihanraya umum yang lalu yang berjaya direalisasikan?

Percayalah kamu hanya selepas Shafie Apdal dibuang daripada UMNO baru dia pandai bercakap soal perjanjian Malaysia. Jadi di mana keikhlasan Warisan di dalam memperjuangkan perjanjian Malaysia? Nampak sangat perjanjian Malaysia dari kontak Warisan hanyalah bertujuan politik semata-mata.

Tadi Shafie mengutuk tindakan pemerintah atau Polis kerana menyiasat Ahli Parlimen Sepanggar setelah bercakap pasal keluar dari Malaysia.

Aziz zaman sebelum ini telah disiasat oleh Bukit Aman setelah mengeluarkan kenyataan kononnya Rakyat Sabah sedang menggerakkan usaha untuk membawa Sabah keluar daripada Malaysia. Adakah kenyataan seperti ini tidak menggugat kestabilan negara? Sudah tentu telah menggugat, alahai maka wajarlah disiasat.

Presiden Warisan wajib faham namanya menggugat kestabilan atau kemakmuran negara Malaysia bukan hanya bila satu-satu pihak itu menyentuh kedaulatan Yang Dipertuan Agong atau Sultan. Tetapi juga bila ada pihak yang cuba membawa Sabah keluar dari Malaysia apa lagi jelas hanya untuk meraih sokongan masyarakat semata-mata yang sudah tentu akan membawa kepada ketidak harmonian di kalangan rakyat Malaysia.

Perlu diingat Aziz Jamman itu diangkat sebagai Ahli Parlimen Sepanggar melalui sistem demokrasi atau pilihan raya.

Pertanyaannya adakah semasa si Aziz Jamman berkempen pada pilihanraya umum yang lalu, dia ada membangkitkan agenda membawa Sabah keluar dari Malaysia. Sudah tentu tidak ada kan tetapi kenapa bila diberikan mandat pandai-pandai pula si Ajis membangkitkan isu itu? Ini yang menjadi bahan siasatan atau ini yang menyebabkan si Aziz di siasat.

Menuntut atau membawa agenda Sabah keluar daripada Malaysia tidak boleh dilakukan melalui Sidang Parlimen atau melalui proses demokrasi seperti pilihan raya umum. Sebaliknya ia harus dilakukan secara mengutip persetujuan atau memorendom keatas lapisan Rakyat Sabah.

Jadi sekiranya Presiden Warisan Shafie Apdal berani ke arah itu dipersilakan membuat gerakan secara terbuka dan mengutip memorendum lepas itu bawa ke Mahkamah Dunia/Antarabangsa bukannya dibicarakan dalam Dewan Parlimen.

Harap si Aziz Jamman tidak lupa semasa mereka menjadi kerajaan. Beberapa macai macainya telah membuat beberapa laporan polis keatas Jalin Luin. Sedangkan isu yang dibangkitkan oleh Jalin Luin tidaklah sampai menggugat keharmonian masyarakat atau negeri Sabah secara umumnya.

Ada faham sudah kah?

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Blog di WordPress.com.

Atas ↑

%d bloggers like this: