Badan Peguam Ingin Dilibatkan Dalam Prosiding Ke Atas Najib

Tujuan Badan Peguam melibatkan diri dalam prosiding ke atas Najib dan anaknya adalah untuk mengetahui sejauh mana Perlembagaan 121 mengatasi Seksyen 106(3), yang digunakan oleh Najib dalam rayuan mereka ke atas saman LHDN, tidak bertentangan dengan perlembagaan sekaligus boleh diterima oleh akal masyarakat yang sihat.

Memandangkan rayuan Najib ini akan melibatkan kepentingan awam dimana jika perlu rakyat juga boleh menggunakan 121 untuk mengelak dari membayar saman yang dikemukakan oleh LHDN.

Sejak kebelakangan ini, banyak betul perkara pelik yang terjadi dan akan terjadi. Kurang itu boleh pula bersikap sombong bodoh dan enggan bekerjasama dengan orang lain.

Betul betul minta di pancung pada pilihan raya umum yang akan datang. Hahaha!

Najib Razak diarahkan membayar RM1.69 bilion kepada LHDN, termasuk cukai tambahan dan penalti bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017, manakala anaknya perlu menjelaskan cukai tidak berbayar berjumlah RM37.6 juta bagi tempoh 2011 hingga 2017.© Provided by Free Malaysia Today Najib Razak diarahkan membayar RM1.69 bilion kepada LHDN, termasuk cukai tambahan dan penalti bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017, manakala anaknya perlu menjelaskan cukai tidak berbayar berjumlah RM37.6 juta bagi tempoh 2011 hingga 2017.Download

PUTRAJAYA: Badan Peguam memohon kepada Mahkamah Persekutuan untuk dilibatkan dalam prosiding kes cukai bekas Perdana Menteri Najib Razak dan anaknya Nazifuddin.

Katanya, ia mahu mengikuti cabaran dua beranak itu terhadap kesahihan Akta Cukai Pendapatan kerana kes itu melibatkan kepentingan awam.

Ini termasuk sama ada Seksyen 106(3) akta berkenaan bertentangan dengan Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan, dan sama ada ia ‘ultra vires’ (melampaui kuasa sah) kerana melanggar kuasa badan kehakiman.

Ia juga mahu melihat sama ada Perkara 121 Perlembagaan Persekutuan adalah relevan apabila melibatkan prosiding tuntutan sivil dalam hal percukaian.

Badan Peguam turut berminat mengetahui sama ada dakwaan Najib dan Nazifuddin bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertindak dengan niat jahat adalah sesuatu yang termasuk dalam skop Seksyen 106(3) akta berkenaan, selain sama ada ia boleh dipertimbangkan sebagai satu pembelaan.

“Beberapa ahli kami mewakili individu yang turut menghadapi tuntutan saman melibatkan tuntutan cukai. Kami faham implikasi yang mungkin berbangkit daripada Seksyen 106(3).

“Kami memohon supaya permohonan untuk menyertai prosiding sebagai ‘amicus curiae’ akan dibenarkan mahkamah,” kata badan itu.

Badan Peguam menamakan lapan peguam yang akan mewakilinya jika permohonan “amicus curiae” itu dibenarkan.

“Kami telah memaklumkan oleh peguam pemohon (Najib dan Nazifuddin) dan mereka tidak membantah permohonan ‘amicus curiae’ kami,” katanya, dengan menambah pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) belum dimaklumkan.

Muhammad Farhan Shafee yang mewakili Najib dan Nazifuddin berkata, pihaknya masih menunggu arahan mahkamah berhubung permohonan Badan Peguam itu.

Najib dan Nazifuddin memohon izin merayu terhadap penghakiman terus yang memerintahkan bayaran tunggakan cukai pendapatan berjumlah lebih RM1.7 bilion daripada mereka berdua.

Mereka telah memfailkan sembilan isu perundangan yang akan dibangkitkan. Izin rayuan hanya akan dibenarkan jika mereka dapat membuktikan persoalan perundangan itu melibatkan kepentingan awam dan tidak pernah dibangkitkan sebelum ini.

Pada 9 Sept, Mahkamah Rayuan menolak rayuan Najib dan Nazifuddin untuk mengetepikan penghakiman terus yang diperoleh LHDN terhadap mereka.

Panel tiga hakim diketuai Abdul Karim Abdul Jalil berkata, Akta Cukai Pendapatan 1967 memperuntukkan skema tersendiri bagaimana taksiran dan pungutan cukai harus dibuat.

Abdul Karim berkata, dalam perundangan percukaian, cukai harus dibayar dalam masa yang diperuntukkan setelah taksiran dibuat dan notis diserahkan.

Tahun lalu, hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Bache memerintahkan Najib membayar RM1.69 bilion kepada LHDN, termasuk cukai tambahan dan penalti bagi tahun taksiran 2011 hingga 2017.

Hakim Mahkamah Tinggi Ahmad Zaidi Ibrahim pula memerintahkan Nazifuddin membayar cukai yang tidak berbayar berjumlah RM37.6 juta bagi tempoh 2011 hingga 2017.

Sumber FMT

Tinggalkan komen

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.