Betulkah cerita ni Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia SPRM akan mendakwa Ahli Parlimen Labuan Rozman Isli di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur pada esok pagi.
Namun menurut peguamnya Rafique dia tidak tahu pertuduhan yang dihadapi oleh anak guamnya.
Berita ini tidak jelas apakah yang dimaksudkan oleh SPRM pada kenyataan mereka sebelum ini bahwa seorang Ahli Parlimen dari Labuan akan didakwa di Mahkamah itu ialah MP Labuan ini.
Atau saja sebenarnya Peguam itu tahu tapi enggan membuat kenyataan sebelum tiba hari perbicaraan atau pendakwaan.
Kita tunggu sahaja berita esok pagi apa benar Ahli Parlimen Labuan yang di dakwa atau ada orang lain dari Wilayah Persekutuan.
Nah kalau berita ini memang ada kebenarannya, sah Warisan ini rakus, iyalah baru dua tahun setengah menjadi kerajaan sudah ada pemimpinnya yang dihadapkan ke Mahkamah. Kalau ia pun sabarlah, ambillah sikit masa, rakyat faham juga tu.
Berapa orang sudah tu, tiga orang sudah. Alahai. Dalam hal ini apa pula pendapat laskar maling ni?
Tinggalkan Jawapan